Saturday, June 23, 2012

Tiba-Tiba Teringat.. Terima Kasih....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni tetiba jer teringat masa zaman kecik-kecik dulu... Abah aku seorang askar. Tapi dia tak pernah nak tarin kami adik beradik macam askar. Abah dari dulu memang suka bergurau..... Ada aje yang nak dikenakan. Abah memang sporting abis la... Luv u abah....
Mak aku dulu garang betul... Kalau balik kampung cerita balik masa zaman mak garang dulu, mesti ketawa macam nak pecah perut.... sampai terkeluar air mata sebab ketawa. Tapi aku berbangga bila cerita kat semua orang yang mak aku dulu garang. Kalau dulu masa kecik mesti kita fikir yang mak tak sayang kita kan... Tapi bila dah besar, baru kita tahu, mak nak kita jadi MANUSIA yang berguna. Kalau dulu mak manjakan kami adik beradik, entah macamana agaknye sekarang ni yek???

Mak dan abah dah biasakan membesarkan kami semua dengan cara hidup susah walaupun sebenarnya abah mampu sediakan apa yang kami minta. Kalau ada sebiji telur rebus, mak akan bahagikan kepada 5 bahagian (mak, abah, along, aku dan sayang. Masa tu kuek belum ada lagi). Kalau tiba time birthday kami adik beradik, mak akan buat kek sendiri siap aising decoration lagi... Tak payang nak beli-beli kat kedai, sebab mak aku chef yang TERBAIKKKKK...... Cakap je nak makan apa, mak masakan, ala-ala kampung, ala-ala western..... cakap je. Paling mantap, mak punya Nasi Baryani... pergh!!!!! Cerita pasal makan, mak aku selalu tekankan tatacara makan yang betul.
Hari Isnin, kami kena makan guna Chop Stik...

 Hari Rabu kami kena makan guna sudu, garfu dan pisau mengikut tatacara yang betul.

Hari Jumaat, kena makan atas daun pisang dan lauk wajibnya ialah KARI....

Kalau nak makan kerang kena buka guna sebelah tangan jer... kalau guna 2 tangan, confirm kena ketuk ngan rotan mak...

Kalau bab baju plak, mak lebih suka buat sendiri. Macam-macam fesyen dia buat. Cakap je nak fesyen apa, mak akan buatkan... Sampai sekarang mak masih menjahit. Abah pun tak yah susah nak beli baju batik atau baju melayu yang dah siap. Beli kain jer, mak buatkan. Mak aku juga merupakan cikgu kat rumah... orang lain sibuk hantar anak-anak mereka ke tuisyen, aku dan adik beradik tak yah pun... mak aku semua subjek dia tau, siap bagi tip-tip berguna lagi untuk jawab soalan peperiksaan. Bestkan... Mak aku serba boleh orangnya... Alhamdulillah... Aku bersyukur padaMu Ya Allah.

No comments: