Tuesday, June 19, 2012

Amirul Asyraf Bin Kamarul Nizam

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, pada 13 Jun 2012, adik iparku Roslinda Pairan telah selamat melahirkan baby boy seberat 2.09kg. Cute and comel sangat. Oleh kerana baby tak cukup berat, dia perlu dipantau dari masa kesemasa. Semoga Amirul Asyraf sihat dan membesar bagai johan...
 

Amirul Asyraf ni tak banyak ragam, kita bebual pun dia sedap je tido... Tak macam abang dia Amirul Fikri, pantang bunyi je , mata terus celik... bunyi burung dan cicak pun boleh bangun... kelakar betul... Agaknya anak adik yang ke dua ni tahu yang ibu dia penat belajar. Itu yang tak banyak ragam tu... Alhamdulillah.


سُوۡرَةُ البَقَرَة
رَبَّنَا وَٱجۡعَلۡنَا مُسۡلِمَيۡنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً۬ مُّسۡلِمَةً۬ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبۡ عَلَيۡنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ (١٢٨) 
Maksudnya: 
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan [jadikanlah] di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (128) 

No comments: