Thursday, June 28, 2012

نرحب العودة من أداء العمرة

Assalamualaikum semua...


Semalam Nenek, Atuk, Mak Uteh, Pak Uteh dan Mak Anjang (keluarga sebelah Melaka) selamat tiba di tanah air dari menunaikan Umrah. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan semua urusan disana. Semua yang pergi pulang dengan keadaan sihat... Batuk dan selsema tu biasalah sebab perubahan cuaca. Menurut kata Mak Uteh, kat Mekah sekarang ni musim panas. 

Kat bawah ni aku nak kongsi sikit carta aliran amalan umrah untuk panduan bersama. Insya'allah..
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”.

 
(al-Bukhari dan Muslim)

  
Sebelum maghrib, kami ramai-ramai membaca doa selamat dan kesyukuran. Selepas magrib pula, kami membaca yassin anak-beranak. Aku respect betul kat nenek melaka, dia akan pastikan semua cucu-cucunya pandai mengaji dan boleh mengetuai bacaan yassin dan tahlil. Alhamdulillah. Tetiba teringat kat nenek aku yang kat Felda Air Hitam, Johor. Nenek pun sama macam nenek melaka, tapi sayang x semua cucu-cucu nenek yang nak belajar. Terima Kasih Nenek sebab ajar aku baca berzanji dan cara-cara nak mengetuai majlis khatam al-quran. Al-hamdulillah aku masih ingat lagi ajarannya. Yang lain-lain, kebanyakannya mak yang ajar. Terima Kasih Mak....

Kat bawah ni ada beberapa gambar kenangan sebelum nenek, atuk, mak uteh, pak uteh dan mak anjang berangkat ke tanah suci...




 Bacaan doa selamat sebelum berangkat menunaikan umrah

No comments: