Assalamualaikum semua…
Al-hamdulillah… Aku n hubby selamat sampai ke Palong semalam
pukul 11 malam dari D’Mampan. Actualy aku ke Taman Sri Lambak, Kluang, Johor pada 2/6/2012
(Sabtu) kerana sepupuku Sharifuddin dan pasangannya Suraya berkahwin… Kira Pak
Ngah and Mak Ngah aku wat majlis menyambut menantulah…. Al-hamdulillah, semua
berjalan dengan lancar.
Khas Untuk: Sharif and Suraya
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Lagu P.Ramlee & Saloma
Hari Sabtu tu aku sampai dalam pukul 9 malam dan terus
melancarkan misi bantuan segera. Kesian mak aku yang dah berkampung lebih awal
di rumah Pak Ngah aku… Tak pa mak, anak mu datang membantu… Malam tu aku, mak
and 2 orang mak cik aku (Mak Endah dan Mak Cit (Mak Cit punya shift sampai kul 12mlm. So tinggal aku, mak and mak endah lah...) menjalankan aktiviti memasak hingga keesokan harinya…
dah macam kerja shift dah… Kuang…kuang…kuang….. Sebenarnya kami bertiga memang
dah biasa macam tu bila ada kenduri kahwin tuk saudara-mara…Entah ye.. memang ada rasa berat mata tapi tak ngantuk... kami banyak cerita zaman dolu-dolu... zaman kanak-kanak dan macam-macam lagi... dapur Mak Ngah aku tu penuh gelak tawa kitaorang. Bestnya...
Bila ada kenduri kahwin kat umah mak cik and pak cik kita, inilah masa sesuai untuk merapatkan lagi tali persaudaraan, mengenal lebih dekat dengan saudara terdekat kita dan menyesuaikan diri kita dengan semua orang. Aku ni pun kadang-kadang nama sepupu sendiri pun aku lupa.. tapi aku try ingat..kalau tak hengat, aku tanya je mak ayah diaorang sendiri.. tak salahkan... malu bertanya jadi kera sumbanglah gamaknya.
No comments:
Post a Comment