Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Selamat berhari minggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Hari ni 17 June 2012 merupaka hari bapa. Alhamdulillah, pagi tadi aku dan tepon abah and wish happy father day pada bapa mertua dan adik-beradik ku. Aku bersyukur kerana mempunyai bapa dan bapa mertua yang cukup COOL, SPORTING dan UNDERSTANDING.
رَبَّنَا
لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا
بَعْدَ إِذْ
هَدَيْتَنَا
وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ
رَحْمَةً إِنَّكَ
أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya
: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami
limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah
pemberianNya"
(A-li 'Imran : 8)
Selamat hari bapa kepada my hubby Mohd Roslee Bin Pairan. "Selamat Hari Bapa Abi". Insya'allah dengan izinNya kita akan dapat juga merasa menjadi ibu dan bapa. Terima kasih pada Along dan K.Long yang memberi peluang kepada aku dan hubby menjadi Umi dan Abi kepada anak-anaknya... Luv u...
Selamat hari bapa juga kepada ayahandaku Haji Mohibah Bin Haji Muhamad . "Angah sayang sangat kat abah. Terima kasih kerana membesarkan angah dengan penuh kasih dan sayang yang tak terhingga. Angah doakan abah sihat selalu, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Amin".... Kalau korang nak tahu, abah aku tak pernah pukul atau jentik anak-anaknya. Tinggi suara pun tak pernah. Sifat abah penuh dengan kasih sayang, lembut, sentiasa bersabar, tak boleh tengok atau dengar anak-anak susah dan pendengar yang setia. Aku dari kecil memang rapat ngan abah. Apa-apa aku tanya abah. Then suruh abah yang tanya pada mak... Kelakarkan.... Abah suka bergurau dan bercerita. Itu yang membuatkan hubungan kami anak beranak sungguh rapat. LUV U ABAH....
Selamat hari bapa kepada bapa mertuaku, Pairan Bin Kasan Yati. "Selamat hari bapa, abah". Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih menerima Nor sebagai menantu yang seadanya. Bapa mertua aku merupakan mentor aku dalam perniagaan kira bahan rujukan bergerak aku dan hubby lah... Terima kasih abah...
Selamat hari bapa kepada kekandaku Shaiful Muzammil Bin Haji Mohibah dan adindaku Shaiful Khairuddin Bin Haji Mohibah. Semoga kalian menjadi bapa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin... Luv u...
Tidak lupa juga kepada adik iparku Nizam dan Fendi. Semoga menjadi bapa yang lebih bertanggungjawab kepada anak-anak dan isteri dan menjadi bapa yang terbaik. Amin...
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي
الدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِي الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya
: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah
kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah
: 201)
No comments:
Post a Comment