Thursday, March 28, 2013

From Kelantan to Terengganu~ Part 2

Assalamualikum semua....

Hari ni nak sambung semula trip aku n family sebelah mertua. Sebelum balik aku ada minta abah jadi model untuk pokok salak. Banyak betul pokok salak kat sekitar rumah tuan rumah. Tapi tulah... belum ada yang masak lagi...


Ttrip kali ini dari Kelantan ke Terengganu pula.. Sebelum balik kami singgah sebentar ke Pasir Mas... Saja-saja ronda sambil-sambil cari "Magic Pan" yang dikirim oleh adik ipar ku... Al-hamdulillah, jumpa pun. Harga magic pan tu RM180.00... Mak oit!!! mahalnya. So, aku pun tawarlah... (kalau kat kelantan atau terengganu kena guna loghat diaorang baru boleh dapat murah. Kalau guna bahasa seharian kita, susahlah sikit. Boleh buat tawaran, tapi tak dapat banyaklah). So, agak-agak berapa aku berjaya tawar kat apek kelantan tu??? RM160.00 ? RM150.00 ? Hehehehehehehe... Aku kalau bab tawar menawar ni, aku letak harga rendah terus.... Dapatlah tawar RM125.00.... Kira oklah tu, dapat kurangkan RM55.00. Jimat-jimat.... So, magic pan pun dah dapat, destinasi seterusnya ialah Kuala Terengganu....
Inilalah rupanya Magic Pan. Gambar dari google. Lupa nak snap gambo....

Plan abah nak ikut jalan pantai dilaksanakan. Cantiknya pemandangan pantai yang bersih... Kebetulan plak dah pukul 1.00 tengah hari, kami semua pegi makan dulu, then solat zohor n jamak sekali solat asar. Alhamdulillah.

 

Perjalan masih panjang n perlu di teruskan. Seperti biasa, MySamsung Tab akan tunjukkan arah ke Kuala Terengganu...
 

Welcome to Kuala Terengganu.....Ingat nak gi Masjid Terapung n Masjid Kristal... Tapi tak sempat sebab tak sempat. Dapat tengok dari jauh jer lah... Destinasi seterusnya ialah Pasar Payang... Susah betul nak cari Pasar Payang ni kalau tak biasa pergi. Kenalah ringankan lidah untuk bertanya orang...Mari memborong...... aku n hubby tak borong apa-apa pun.. Beli serunding daging jer untuk my mom...

 
Pemandangan Pasar Payang
Alhamdulillah, kami sampai Palong jam 11.00 malam. Perjalanan yang jauh bila bawa kereta sendiri. Apapun, memang best, walaupun aku bertongkat.... Thanks hubby, mak, abah n adik kerana menjaga diriku ini... Love u all.....


No comments: