Assalamualaikum semua....
Hari Selasa lepas (12 Mac 2013) aku n hubby ke Hospital Kuala Pilah untuk follow up check-up. Punyalah ramai orang.... Even dah buat appointment pun, tetap kena tunggu giliran. Sampai Hospital pukul 9.00 pagi, dapat nombor giliran 72.... Hua..hua..hua... tunggu jerlah...
Sampai gak giliran aku... well, doktor kata simen dan jahitan dah boleh buka. Tapi, still kena wat dressing kerana ada luka yang belum kering lagi. Masa buka jahitan tu, allahhuakbar.... sakit pula. Maybe sebab terkena pada luka yang belum kering tu kot. Rasa macam nak menangis jer... Macam jer tau, tapi aku tak nangis pun...
Doktor suruh aku refer ke Hospital Jempol untuk buat Fisioterapi. Tujuannya, untuk melatih aku berjalan semula and buat renggangan untuk menguatkan lagi urat tendon aku... Doktor kata aku masih belum boleh jalan macam biasa. So, maknanya aku kena pakai tongkat lagi... Alahai tongkat... nampaknya aku masih memerlukan perkhidmatan kau... Stay with me k....
No comments:
Post a Comment