Semalam hubby hantar aku ke Hospital Jempol, Negeri Sembilan untuk buat Fisioterapi. Kawan-kawan tahu tak apa itu Fsioterapi? Aku ada baca dalam blog khaiangel.com. Korang boleh klik kat sini untuk tahu lebih detail...
Apa itu Fisioterapi?
Fisioterapi
arau Jurupulih anggota adalah satu kerjaya profesional di dalam bidang
kesihatan. Ahli Fisioterapi bertanggungjawab menjalankan rawatan yang
tepat dan berkesan kepada pesakit sama ada secara individu atau
berkumpulan untuk mengurangkan kesakitan, menambahkan mobiliti, mencegah
serta mengurangkan kecacatan kekkal kepada pesakit yang mengalami
masalah berkaitan kecederaan tubuh badan serta sistem tubuh badan.
Secara amnya, seseorang ahli fisioterapi berperanan untuk merawat
pesakit yang mengalami kecederaan supaya menjadi kembali normal ataupun
sekurang-kurangnya hampir kepada normal.
Alhamdulillah, kata pegawai fisio tu kaki aku tak adalah lemah sangat, cuma perlu banyak latihan yang perlu dilakukan. Insya'allah aku akan lakukan sebaik mungkin.Aku kena buat banyak pergerakan kaki kerana urat aku masih terasa tegang. Apapun, aku sekarang dah guna 1 tongkat sahaja. Sekarang ni pun dah boleh menapak sikit-sikit. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment