Alhamdulillah.... perjalanan ke Kelantan berjalan dengan lancar. Jauh betul perjalanan kali ini. Buat apa gi Kelantan?? Shopping ke??? Gi Kelantan rena menghadiri majlis perkahwinan kat Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas, Kelantan. Bila naik kereta terasa jauh pula... Terima kasih pada my Samsung Tab kerana membuat perjalanan kami berjalan dengan lancar... TANPA SESAT....
Perjalanan kami dari Palong pada jam 7.00 pagi. Berhenti untuk makan dan solat di Permaisuri, Terengganu. Sampai ke destinasi jam 4.30 petang. Oleh kerana masih petang, kami pun gi la terus ke Rantau Panjang. Meninjau apa yang patut.. Hehehehehehe... Bila dah bertongkat ni, pergerakan agak terbatas. So ikut jelah mana hubby nak bawa. Terima kasih hubby kerana betul-betul menjaga isterimu yang comey ni... Luv u...
Candid dari Rantau Panjang |
Ada lagi yang best, iaitu... PERANG BENDERA..... dah lama tak tengok perang bendera. Maklumlah dah nak mengundi ni kan.... Masing-masing nak pancing undilah tu...
Cerita punya cerita lupa nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada pengantin kita.... Tahniah Nadia dan Saidin... Semoga berbahgia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. Amin...
Candid Camera......
Selesai majlis, kami semua ke Wakaf Che Yeh.... Adoi ai... ramainya orang. Aku memang dah tak larat nak berjalan-jalan sangat. Ikut jelah hubby mana nak bawa. Itu pun dia risau takut aku dah tak larat. Nak borong apa ye??? aku pun tak tahu nak beli apa... Cuci mata je lah....
Balik dari Wakaf Che Yeh, aku, hubby, mak n abah mertuaku singgah ke kedai makan... Apalagi, jom kita "mentong". Sana sini kedai makan ada jual Mee Celup, aku pun try lah juga. Ingatkan mee apa, rupa-rupanya Mee Sup je. Bezanya dalam mangkuk tu ada sikit mee kuning, mee tiaw dan mee hoon. Kuang3x.... Layan..
Kita bersambung nanti yer..... Part 2...
No comments:
Post a Comment