Tuesday, April 2, 2013

Takziah Untuk Abang Abil

Assalamualaikum semua...

Tengah hari tadi aku buka facebook aku. Satu berita yang menyedihkan telah di "post" oleh Dana Sinar Fauziah (di post oleh suami beliau Abil Fikri Ahmad @ Abag Abil).

 

Aku pernah kongsikan rentetan kisah abang abil dan isterinya Fauziah Muhamad @ kak gee. Kisah suka duka kehidupan rumahtangga abang abil dan kak gee. Abang abil buat blog Warkah Buat Isteri adalah khas untuk tatapan isterinya bila sembuh kelak. Bagi aku blog abag abil bukan lah bertujuan untuk meraih simpati sesiapa, tetapi lebih kepada menceritakan perjalanan hidupnya bersama isteri tercinta. Blog beliau banyak memberi pengajaran kepada kita semua tentang tentang pengorbanan suami demi menjaga isterinya yang di serang asma dan menyebabkan Damage Brain. Sekarang, itu semua tinggal kenangan untuk abang abil dan kita semua. Kak Gee telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 April 2013. Al-fatihah....


سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Berat mata memandang, berat lagi bahau yang memikulnya. Semoga abang abil lebih tabah, sabar dan redha dengan pemergiannya. Saya berharap semoga abang abil dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sememangnya Allah s.w.t lebih tahu apa yang terbaik untuk kak gee dan abang abil.

  






No comments: