Seperti yang dijanjikan, hari ni nak kongsi tentang info Slipped Disc atau Sakit Tulang Belakang. Aku dapat info ni dari CekguHairy, Hitam Putih Kelabu dan Sihat VS Sakit .
Apa itu slipped disc? Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Jika anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah ‘spinal stenosis’.
gambar dari google |
gambar dari google |
Menurut Pakar Bedah Ortopedik di Hospital Pusrawi,
Kolonel (Bersara) Dr. Azmi Abdul Latif, dalam kebanyakan kes, tiada
sebarang tanda awal dikesan, sebaliknya hanya dapat dirasai selepas
beberapa tahun. Seseorang itu katanya, mungkin betul-betul tidak sedar
diska mereka mempunyai masalah sehinggalah cakera mula mengalami
kesakitan.Spinal stenosis bukan penyakit, ia
merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang. Apa saja punca
penyempitan laluan tulang belakang (spinal canal) adalah spinal
stenosis.
Tulang belakang adalah garisan panjang terbentuk daripada 26 tulang. Ia
membolehkan anda berdiri tegak atau membengkok. Tulang belakang juga
melindungi saraf tunjang daripada tercedera. Mereka yang berhadapan
dengan spinal stenosis bermaksud, tulang belakangnya menyempit pada satu
atau lebih bahagian berikut iaitu ruang tengah tulang belakang, laluan
saraf bercabang keluar daripada tulang belakang atau saraf antara tulang
di tulang belakang (vertebra).
gambar dari google |
Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan Kelana
Jaya, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata spinal stenosis adalah
masalah biasa dialami mereka yang berusia 50 tahun ke atas.
Beliau berkata, spinal stenosis
membawa kepada pelbagai masalah bergantung kepada saraf yang terjejas,
"Penyempitan itu mungkin membabitkan bahagian yang kecil atau besar pada
tulang belakang. Tekanan pada bawah tulang belakang atau akar saraf
yang bercabang keluar dan pada kawasan itu mungkin meningkatkan rasa
sakit atau kebas pada kaki. Ia boleh berlaku pada satu peringkat saja
atau banyak peringkat," katanya.
Rasa
sakit pada tengkuk dan bahu. Biasanya berlaku apabila saraf tengkuk
ditekan. Ia mungkin terjadi sesekali atau mungkin kronik. Kadangkala ia
akan turun pada tangan atau lengan. Anda mungkin alami sakit kepala dan
kelemahan otot.
Update: Info pasal Slip disc lagi di Sihat Selalu.
Update: Info pasal Slip disc lagi di Sihat Selalu.
JAGALAH KESIHATAN KITA DEMI ORANG YANG TERSAYANG ...
3 comments:
Sesiapa yang menghadapi masalah tulang belakang atau apa2 jua sakit kronik seperti kanser, HIV, sopak,ekzema,psoriasis, diabetes, masalah sakit tuan/puan danlain2 ,sy sarankan agar dapatkan rawatan di Luqman Herb Centre dimana sudah ramai dan terbukti penyakit dapat disembuhkan.Anda boleh hubungi terus Dr Luqman= 0146332307 untuk temu janji.Maklumat lanjut sila layari FB:Luqman Ayurvedic Atau website kami www.luqmanherbscentre.com . TQ
Terima kasih terataisyaza.... Saya cukup risau sebab abang saya masih belum boleh berjalan macam biasa. Dah 3 bulan macam tu. Insya'allah nanti saya bagitau kakak ipar saya. Terima kasih sekali lagi...
Boleh juga consume vit shaklee sprt b complex, omega, ostematrix n advanced joint health tablet. .....klu brmnat blh pm Nurulazim Zulkarnain @ whatssap 012 5276937
Post a Comment