Friday, October 5, 2012

Slipped Disc atau Sakit Tulang Belakang - Part 3

Assalamualaikum semua....

Jumpa lagi.... Apa khabar? Dan sarapan pagi? Semoga semua sihat dan dilindungi Allah hendaknya.

Hari ni nak sambung pasal slip disc. Kali ni aku nak kongsi info tentang kaedah rawatan dan cara mengurangkan kesakitan. Yelah, kita ni bila dah ada orang yang kena baru terhegeh-hegeh nak cari segala information tentang sesuatu penyakit... aku pun termasuklah tu... Tak pa.. setiap kejadian ada hikmahnya dan kita mestilah sentiasa elert .... 

Slipped disc boleh dirawati melalui 3 kaedah:

1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.

2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan

3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang


Cara Mengurangkan Sakit Belakang: 

1. Berehat. Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

2.  Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

3. Menggunakan tilam yang sesuai. Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

4. Ambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

5. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

6. Gunakan kusyen/bantal. Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

7. Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

8. Mengangkat barang dengan cara yang betul. Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
9. Kawal berat badan. Pastikan berat badan seimbang.

No comments: