Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan... Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita semua menyambutnya dengan meriah sekali. Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha, jangan lupa pada yang memerlukan.
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku
diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas
kamu”
Riwayat at- Tirmidzi
Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku
diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas
kamu”
Riwayat at- Tirmidzi
Korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Hadith :
Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
(Ahmad dan Muslim)“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hadith :
Dari Jabir r.a. katanya: “Kami menunaikan Haji bersama
Rasulullah s.a.w. maka kami sembelih seekor unta buat tujuh orang, dan
seekor lembu buat tujuh orang”.
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Hadith :
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya
katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu
menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu
memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar
yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur
kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas
minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”
(Muslim)
No comments:
Post a Comment