Esok kita akan sambut Tahun Baru dalam Islam @ Awal Muharam. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana masih memberi peluang untuk kita menambahkan amalan kita di muka bumi ini untuk bekalan akhirat nanti.. Amin.
Bila nak masuk tahun baru ni, jangan lupa pulak untuk membaca DOA AKHIR TAHUN dan DOA AWAL TAHUN.
MUHARAM
adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya,
Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT
melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian
larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Yang Bermaksud:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka:
"Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada
Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang
telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab)
yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu
benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah
(wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah
pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang
beriman?".
Sejak pemansuhan
itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat
lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan
Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa
satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama
berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa
tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat
dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana
beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ .
اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالمَيِن
وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ
عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ
مَا عَمِلْنَا
فِيْ هَذِهِ
السَّنَةِ مِمَّا
نَهَيْتَنَا
عَنْهُ فَلَم
نَتُبْ مِنْهُ
وَلمَ تَرضَهُ
وَلمَ تَنْسَهُ
وَحَلُمْتَ
عَلَيْنَا بَعْدَ
قُدْرَتِكَ
عَلَى عُقُوبَيْتِنَا
إِلَى التَّوْبَةِ
مِنْهُ بَعْدَ
جُرْأَتِنَا
عَلَى مَعْصِيَتِكَ
فَإِنَّنَا
نَسْتَغْفِرُكَ
فَاغْفِرْ لَنَا
، وَمَا عَمِلْنَا
فِيْهَا مِمَّا
تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا
عَلَيْهِ الثَّوَابُ
فَنَسْأَلُكَ
اللَّهُمَّ
يَا كَرِيْمُ
يَا ذَاالْجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَامِ
أَنْ تَتَقَبَّلَهُ
مِنَّا وَلاَ
تَقْطَعُ رَجَاءَنَا
مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ
. رَبَّنَا آتِنَا
فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِيْ
الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ . وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya
: Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu
tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu
sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa
yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan
kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak
meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas
kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi
peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau,
maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami
dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau
telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan
Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga
Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami
daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada
kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami
akan azab api neraka.
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
. اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالمَيِن
وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ
عَلَىأَشْرَفِ
الأَنْبِيَاءِ
وَالْمُرْسَلِيْنَ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
.اللَّهُمَّ
أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ
الْقَدِيْمُ
اْلأَوَّلُ
وَعَلَى فَضْلِكَ
اْلعَظِيْمِ
وُجُوْدِكَ
الْمُعَوِّلِ.
وَهَذَا عَامٌ
جَدِيْدٌ قَدْ
أَقْبَلَ عَلَيْنَا
. نَسْأَلُكَ
الْعِصْمَةَ
فِيْهِ مِنَ
الْشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ
وَأَوْلِيَاءِهِ
وَجُنُوْدِهِ
وَالْعَوْنَ
عَلَى هَذِهِ
النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ
بِالسُّوْءِ
وَالإِشْتِغَالِ
بِمَا يُقَرِّبُنَا
إِلَيْكَ زُلْفَى
.اللَّهُمَّ
يَا مُحَوِّلَ
اْلأَحْوَالِ
حَوِّلْ حَالَنَا
إِلَى أَحْسَنِ
الأَحْوَالِ
بِحَوْلِكَ
وَقُوَّتِكَ
يَا عَزِيْزُ
يَا مُتَعَالُ
. رَبَّنَا آتِنَا
فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِيْ
الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ . وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya
: Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang,
segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian
alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia
nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad
s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya
sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim
lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar
dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah
tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi
kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan
padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya
dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan
di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan
dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan
sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri
kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan
segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada
sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan
Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan
di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah
kami akan azab api neraka.
No comments:
Post a Comment