Hari ni mood agak mendung sikit... Entahlah.. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa orang-orang yang perwatakannya alim selalu menganggap kami yang belia ni macam tak tau jer pasal agama.
Aku sebenarnya malas nak layan orang macam tu... tapi, bila ada orang yang nak terangkan tentang sesuatu perkara tu, bercerita macam tahu sangat. Bila dah tergagap-gagap nak terangkan aku pun sambungkan lah apa yang sebenarnya dia nak sampaikan... Bukan bertujuan nak melawan atau menunjuk, tapi untuk menolong dan berkongsi ilmu yang aku tahu.
Bila ada yang cakap aku ni semua benda tahu, aku plak dah rasa lain macam. Serba salah betul..... baik buat-buat tak tau je kan... Kadang-kadang ada gak rasa macam nak marah je... tapi bila fikir balik... " alah...orang tua. Tak yah layan lah ". Hubby pun selalu cakap, kalau pak cik-pak cik ni dah cakap merapu-rapu, tak yang layan... SENYUM je....tak perlu kata apa-apa...
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”
Riwayat Ibn Abi Dunya
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. 1)Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. 2)Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, 3)lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

Hadis dari www.islam.gov.com
No comments:
Post a Comment