Saturday, March 3, 2012

Puding Chocolate Cake



Assalamualaikum semua....

Dulu rasanya ada pernah salin satu resepi kek coklat tanpa menggunakan telur dari internet...tapi tak ingatlah dari mana. Semalam macam rajin plak nak mencuba...So, kalau nama pun just nak cuba, kena buat sikit jer lah kan sebab confirm aku yang kena abiskan...

Bahan-bahan untuk kek coklat ni semua ada kat dapur. Yang bestnya, semua bahan masuk dalam blender jer. Tak perlu susah-susah nak pukul atau keluarkan mixer dalam kotak.

Masa bakar kek tu, baunya...semang semerbak seharum coklat... Masa tengok dalam oven, kek naik dengan jayanya. Tapi bila dah sejuk dia menurun sikit. Menurun bukan bermakna kek tu bantat tau kawan-kawan... Cuma kek tu tiada bahan untuk mengekalkan bentuknya iaitu.... sudah semestinya telurlah... Tapi rasanya, memang sedap... tak muak dan memang rasa pure coklatnya. Kalau makan dengan aiskrim vanila ke... strawberry ker... lagi marvelous.....

Cerita panjang pun tak guna...buat meleleh air liur jer kan... Jom kita semak resepinya..



Bahan-Bahan:

1 cawan gula pasir (saya guna 3/4 cawan sahaja)
1 cawam tepung gandum
1 cawan serbuk koko+milo
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
1/2 cawan susu tepung
1 sudu kecil penuh baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam blender dan bland sehingga semua bahan sebati.

2. masukkan kedalam loyang yang telah di oles dengan sedikit majerin atau minyak.

3. Bakar didalam oven dengan suhu 120 selama 45 minit atau sehingga masak. (saya guna oven butterfly yang bulat tu...so tak yah nak set suhunya).

4. Bila dah masak, sejukkan kek coklat tadi sebelum dipotong... Kalau rajin, bolehlah letak topping atau apa-apa hiasan yang kawan-kawan suka...

No comments: