Petang tadi selepas semua orang balik dari solat jumaat, Felda Palong 12&13 mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Alamdulillah... dengan cuaca yang sedikit mendung, Allah mempermudahkan segala urusan pada hari ini. Setelah selesai berarak dan sebaik tiba di Masjid Nurul Hidayah Felda Palong 12&13, hujan renyai-renyai pun turun... Tapi tak lah lebat sangat.
Tema Maulidur Rasul Tahun 1433 Hijrah/2012 ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".
Kami berarak dari Perpustakaan Desa Palong 12&13. Sampai di simpang jalan ke masjid, kami bergabung dengan peneroka Felda Palong 13 pula. Alhamdulillah, amai yang turut serta... tapikan, kenapa ramai kaum Hawa sahaja???? Mungkin kaum Adam datang malam nanti kot untuk dengar ceramah Maulidur Rasul...
Majlis di pengerusikan oleh En.Azmin (Imam Muda Palong 12/13)
Macam-macam acara diadakan untuk semua peringkat usia. Aku yang dah lama tak tulis jawi, meracah gak lah nak translate rumi ke jawi... maklumlah, dulu aku guna ejaan jawi lama, sekarangkan dah ada ejaan jawi baru... hm...hentam ajelah... menang atau kalah belakang cerita ye... yang penting tujuan asal untuk memeriahkan majlis.
Pertandingan menulis bahasa jawi...
Kat bawah nie ialah gambar para tetamu yang hadir...
Amirul memang bersemangat nak ikut ke masjid...
No comments:
Post a Comment