Monday, March 26, 2012

Selamat Pengantin Baru Dan Selamat Bertunang

Assalamualaikum Semua...

Apa khabar? dah makan tengah hari? Hari ni aku masak simple je.. sayur bayam masak bening, sambal belacan dan ayam goreng kunyit. Semalam dah makan yang berat-berat, so hari ni makan yang simple je lah..

Rasanya dah lama tak up-date blog ni... key-board ada masalah pula... tapi sekarang dah beli yang baru. Thank you hubby.


SELAMAT PENGANTIN BARU...



Pada 17/03/2012 aku and mak abah gi kenduri kawin kat Jelai 2. Adik kepada kakak ipar ku Rafidah bersanding. TAHNIAH Khalid and Nadia.... Sama cantik sama padan, bagai pinang di belah dua.


Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Candid camera...

Aiman dan Ameera....


SELAMAT BERTUNANG....



Semalam 25/03/2012, aku n along sekeluarga gi hantar adik sepupu bertunang di Bukit Putera Mahkota. Sambil-sambil tu dapat gak aku jumpa mak dan bapa saudara aku kat sana. TAHNIAH Epi n Anis.... Kumpul duit cepat-cepat tau..



Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta
kita pun bersemi
Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahagia


Gambar kenangan...


Majlis dimulakan dengan Bismillahirrohmanirrohim....




Adik Aliya bersama Grandma....


Abdul rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.”
HR al-Bukhari dan Muslim


Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”
(Bukhari)



Thursday, March 22, 2012

Hari Mesra Rakyat.....

Assalamualaikum semua...

Hari ni kat Felda Palong 12 ada Hari Mesra Rakyat. Aku tengok dah macam Jom Heboh dah... Memang happening betul... Macam-macam acara diadakan untuk menarik perhatian semua peneroka, belia dan kanak-kanak warga Felda Palong 12.

Orang kuat majlis ni... Amin n Abg Rashid

Sebelum majlis dimulakan, kena daftar kedatangan dulu untuk cabutan bertuah. Tahun lepas aku dapat kipas. Tahun ni rezeki orang lain pula. Ramai juga yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis petang ni. Alhamdulillah, cuaca pun cerah hari ni sampai selesai majlis.


Sesi pendaftaran...


Antara tetamu yang hadir...

Macam-macam pertandingan diadakan untuk menarik perhatian kanak-kanak, belia dan warga peneroka palong.


Pertandingan mewarna dan menulis jawi untuk kanak-kanak...

Aku pun tak ketinggalan masuk serta sekali acara Gubahan Dari Bahan Terbuang. Tetiba teringat masa aku kecik-kecik dulu... Nenek aku ada ajar buat bunga dari plastik beg yang kita selalu dapat masa beli barang-barang kat kedai. Sambil-sambil tu aku selitkan juga bunga origami. Kita kita combine lama dan baru lah yer...

Bungan Ros dari plastik beg


Origami Bunga lily dari kertas surat kabar


Inilah hasilnya... Bunga Ros dan Cornation diperbuat dari plastik dan bunga lily daripada kertas surat kabar.

Kat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat aku ambil masa kat sana.

Pemenang Untuk Kategori Gubahan Dari Barangan Terbuang:

Tempat pertama... Alhamdulillah rezeki aku menang kali ni...


Tempat kedua(Abg Rashid) dan ketiga(Mak Yut)...

Diantara Gubahan dari barangan terbuang yang masuk bertanding:





kat bawah ni antara yang masuk pertandingan memasak berasaskan kelapa:

Tuesday, March 13, 2012

Bulan Mac Yang Istimewa



Assalamualaikum semua....

Bulan Mac ni ada 2 tarikh istimewa. Awal pagi tadi aku dah wish pada orang-orang yang aku sayang via sms.... Tarikh yang teristimewa itu ialah....

YANG PERTAMA...
12/3/2012, merupakan BIRTHDAY anak saudaraku Amirul Fikri Bin Kamarul Nizam. Cayang Mirul...

"Mak long n pak long mendoakan semoga amirul menjadi anak yang soleh pada ibu dan ayah, sihat selalu, di lindungi allah, di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan menjadi anak yang berguna dimasa hadapan. Amin..."



Amirul besama ibu dan ayah..


YANG KEDUA...
12/3/2012, merupakan ANNIVERSARY adik kesayanganku, Shaiful Khairuddin Bin Haji Mohibah dan isteri Yuslinda Mohd Yusuff serta ANNIVESARY adik ipar tercinta Rosnani Bte Pairan dan suaminya Mohd Shahrul Affandy Bin Mohamad.

"Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah swt, menjadi suami dan isteri yang tertolak ansur antara satu sama lain, bertanggungjawab, kasih mengasihi, cinta mencintai, semoga jodoh berkekalan dan berpanjangan hingga kehujung nyawa dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin...."


Sayang and Yus..


Alang and fendy


YANG KETIGA...
13/3/2012, merupakan BIRTHDAY abang sulungku yang tercinta Shaiful Muzammil Bin Haji Mohibah.....

"Adik sayang along.... Semoga along sentiasa dilindungi Allah swt, sentiasa sihat, semoga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin...." Terima Kasih atas segala-galanya...


kenangan manis kau dan aku...


along ....

Friday, March 9, 2012

Telur Masak kicap

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsi resepi Telur Masak Kicap. Selalunya kat kampung Melaka kalau buat kenduri mesti ada masak telur masak kicap ni. Makan plak dengan nasi panas... Pergh...terangkat beb. Cakap banyak tak guna...moh kita semak resepi...


Bahan-Bahan:
4 biji telur (Goreng sebiji-sebiji hingga masak)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
3 hiris halia (dipotong hallus memanjang)
2 biji buah pelaga
2 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cm kayu manis
Kicap manis secukupnya
*3 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1/2 sudu besar lada hitam
2 biji lada merah (dihiris)
Air secukupnya
minyak untuk menumis


Cara-Cara:
1. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat.

2. Panaskan minyak dan tumiskan halia, bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Kacau hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan air sedikitan masukkan kicap secukupnya. Masukkan garam secukupnya ikut selera. Kalau guna kicap masin, jangan letak garam lagi tau. Biarkan mendidih.

4. Masukkan telur yang telah digoreng kedalam kuah kicap satu persatu. Kacau sebentar dan matikan apinya.

5. Siap untuk dihidang.