Assalamualaikum semua...
Sebelum memulakan entry hari ni, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab dekat sebulan aku tak up-date blog ni. Last aku up-date pasal bapa mertuaku kena GASTRIK (8/2/2013).
Hari ni genap sebulan aku bertongkat. 12 Mac 2013 nanti kena gi Hospital Kuala Pilah untuk follow up check up. Minta-minta semuanya OK. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan ku. Amin... Kenapa aku bertongkat??? Hehehehehe...mai sini cek nak cerita....
Pada 9 Februari 2013, aku ngan hubby pergi jemputan perkahwinan kat kawasan Palong ni. Entah macamana, masa nak pergi ke rumah jemputan kedua, kain aku boleh termasuk dalam tayar motor (masa tu aku duduk menyenget kat bangku pembonceng). Masa kena tu, tak dalah rasa sakit sangat.Cuma rasa kebas jer... Mak mertua aku suh hubby terus bawa ke klinik, tapi hubby bawa aku ke Hospital Jempol.
Bila dah cuci semua, Doktor yang check aku tu kata aku kena refer ke Hospital Kuala Pilah untuk full check up. Dia suspek aku punya urat tendon (urat keting) terkoyak. Dah lah pulak tu, aku disuruhnya naik ambulan.... Aku apa lgi, kaki tangan tiba-tiba je jadi sejuk.
Sampai Hospital
Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, aku terus masuk ke Wad 8. Sampai je, nurse bawa aku gi x-ray. Result x-ray ok jer, tak da tulang yang patah cuma memang ada achilles tendon yang koyak (50%). Alhamdulillah aku masih boleh jalan lagi walaupun kadang-kadang terasa ngilu.
Mula-mula Dr.Malini (yang merawat aku pada hari pertama kena tahan wad), suruh aku puasa walaupun last aku makan kul 1.30 tengah hari.. Maybe dalam pukul 4 pagi baru aku akan di operate. Aku pun tidolah... Baru nak terlena, tetiba aku dengar ada staff nurse bercakap dengan kawan dia, " Hidayah tu baru nak tido. Keisan dia ". Alamak.... confirm aku dah kena panggil untuk operate ni. Aku tengok jam baru pukul 12.30 malam. Lepas salin baju untuk operate, aku pun di tolak ke bilik OT (bilik pembedahan). Allah je yang tahu perasaan aku masa tu. Agaknya macam nilah hubby and bapa mertua aku rasa masa diaorang kena operate dulu.
Peliknya, masuk je bilik OT, perasaan takut aku tu hilang serta merta... Nak tahu kenapa???? Doktor bilik OT tu diketuai oleh Doktor Durairaaj. Aku di layan dengan penuh mesra sekali. Rasa macam dah lama kenal jer dengan doktor-doktor dan staff-staff kat bilik OT tu. So, perasaan takut dan gementar pun melayang entah kemana. Lepas doktor bius kat pinggang aku, doktor ada bagi ubat tido sekali. Dia pesan kalau aku nak tido tido jer lah... Aku pun tidolah... Alah, bukan tido betul-betul pun, tido-tido ayam jer. Doktor seperti biasa menjalankan tugasnya, sementara staff-staff yang lain mendendangkan lagu hindustan sebagai halwa telinga. Seronok je aku tengok. Rasa nak join jer diaorag berborak
Doktor Durai kejutkan aku pukul 2 pagi. Menandakan operation dan selesai. Terima kasih doktor and kawan-kawan. Jasamu akan ku kenang...
Percutian 3 malam 2 hari aku di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ditemani oleh suami tercinta. Terima kasih sayang atas keperihatinan ku dalam menjaga diriku di hospital. LOVE U HUBBY..... Terima kasih juga kepada Mak dan abah mentua tersayang, angah sekeluarga, alang sekeluarga, ejat dan adik. Terima kasih juga kepada Mak dan abah tersayang, along sekeluarga, sayang sekeluarga dan abg kuek. Terima kasih kerana tak putus-putus memberi semangat dan menjaga diriku ini.
Kat bawah ni, aku nak kongsi tentang Achilles Tendon. Artikel diambil dari
Sihat Selalu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tendon Paling Kuat
Hakikatnya, urat keting adalah tendon
yang paling kuat dan tebal dalam sistem tubuh manusia. Ia berukuran 15
sentimeter panjang dan bermula dekat dengan bahagian tengah keting
hingga ke bawah tumit.
Tetapi, ia juga antara tendon paling kerap
terkoyak atau putus berikutan fungsi utamanya menyelaraskan pergerakan
sama ada berjalan atau berlari. Anda juga memerlukan bantuan urat keting
apabila terpaksa menjengketkan kaki.
Justeru,
jika berlaku gerakan mengejut misalnya melompat tiba-tiba, urat keting
boleh terputus atau terkoyak. Urat keting yang terkoyak separuh masih
berupaya menghubungkan otot keting tetapi jika terkoyak sepenuhnya, ia
tidak lagi berfungsi menghubungkan antara otot keting dan tulang buku lali.
Boleh Menimpa Sesiapa Sahaja
Meskipun ia lebih banyak dialami atlit, tetapi masalah putus urat keting juga boleh menimpa sesiapa saja.
Masalah
radang urat keting yang berpanjangan juga boleh menyebabkannya putus.
Masalah sedemikian kerap dialami mereka yang berusia.
Urat keting juga boleh menjadi lemah dan menipis kerana faktor usia. Keadaan ini menyebabkan ia cenderung untuk mudah cedera atau putus.
Simptom Urat Keting Putus
Namun,
putusnya urat keting tidak bermakna anda tidak boleh berjalan. Mereka
yang putus urat keting masih boleh berjalan, justeru kebanyakan orang
yang mengalaminya tidak terlalu prihatin untuk mendapatkan rawatan.
Melainkan jika seseorang itu terbabit dalam sukan secara profesional.
Urat
keting yang putus akan menghasilkan bunyi meletup (seperti 'pop') dan
menyebabkan bengkak, kejang diikuti dengan lebam dan lemah. Tekanan
dirasakan atau dilihat dengan jelas di kawasan tendon kira-kira dua inci
di atas tulang tumit. Apabila urat keting sudah lama putus, ia akan
menyebabkan kesan lekuk pada keting.
Rawatan
Apakah rawatan bagi mengatasi masalah ini?
Pembedahan adalah rawatan paling popular bagi menangani masalah putus
urat keting. Bergantung pada tisu yang terkoyak atau putus, pembedahan
ini mungkin akan memerlukan urat keting dijahit kembali ke tapak
asalnya.
Jenis pembedahan bergantung kepada saiz jurang urat yang
putus. Jika minimum, hujung tendon itu boleh ditemukan semula. Secara
umumnya, proses penyembuhan tisu akan berlaku selepas rawatan. Namun,
proses itu tidak akan terjadi dalam tempoh yang singkat jika kawasan
yang cedera tidak mendapat bekalan darah yang cukup.
Kaedah terbaru dalam rawatan putus urat keting adalah suntikan plasma daripada pesakit sendiri. Teknik dikenali sebagai
Autologous Plasma Injection (ACP) untuk masalah radang kronik pada tendon seperti urat keting selain masalah radang pada urat di siku (
tennis elbow).
Seperti diketahui, darah kita mengandung '
growth factor' atau
bahan yang menjana pertumbuhan sel lain bagi membantu pertumbuhan,
keseimbangan dan ketahanan tulang, otot, tendon dan ligamen. Apabila
bahan itu disuntik ke dalam tendon yang bermasalah, ia membantu tisu
untuk cepat pulih.
Justeru, prosedur pembedahan yang dibantu dengan ACP selepas itu dapat menolong pesakit sembuh cepat.
ACP
diformulasi daripada darah pesakit sendiri. Darah sebanyak 10 mililiter
diambil, disteril dan diasingkan antara sel putih, sel merah dan
plasma. Hanya sel darah dikenali sebagai platelet yang mengandungi '
growth factor' paling penting diambil.
Ia
kemudian disuntik kepada kawasan yang cedera. Dari segi prinsipnya, ia
berupaya meningkatkan penghasilan sel stem yang membantu proses
penyembuhan tisu.