Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Assalamualaikum.....


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan... Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita semua menyambutnya dengan meriah sekali. Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha, jangan lupa pada yang memerlukan.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” 

Riwayat at- Tirmidzi

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” 

Riwayat at- Tirmidzi

Korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Hadith :
Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. 
(Ahmad dan Muslim)
 
Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hadith :
Dari Jabir r.a. katanya: “Kami menunaikan Haji bersama Rasulullah s.a.w. maka kami sembelih seekor unta buat tujuh orang, dan seekor lembu buat tujuh orang”.  
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
 
Hadith :
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.” 

(Muslim)

Selamat Pengantin Baru Nor dan Adil

Assalamualikum...

Selamat Pengantin Baru untuk Nor dan Adil.... Kak Nor doakan kalian berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.. Amin...

2 hari berkampung kat umah cik nin.. tolong apa yang patut. Bak kata abah den, tak rugi tolong orang... Alhamdulillah, sepanjang majlis cuaca terang dan tenang. Semua berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir. Kali ni aku jadi orang dapur pulak... Tolong masak untuk lauk pengantin... Kasi peluang kat anak muda lain jadi penyambut tetamu...

Kat bawah ni antara gambo yang aku sempat ambil....Guna handphone baru hubby...
 cenderahati dari pengantin...terima kasih...
 sama cantik, sama padan....
bagai pinang dibelah dua...


NEW UPDATE ON 24 NOV 2012.

Hari ahad lepas aku, hubby and warga blok 1, Felda Palong 12 ke Bangi untuk memeriahkan lagi majlis resepsi ke-2 anak Cik Nin. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Jamuan makan memang ala-ala kampung... terbaikkkkkk.... Terima kasih sekali lagi. Majlis diadakan di Dewan UKM...

Kat bawah ni gambar sekitar majlis yang sempat aku ambil...

 berkenan betul aku ngan sangkar "bunga" ni...


Cenderahati dari pengantin... Terima Kasih...
Kami semua singgah sebentar ke Nilai 3 sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Palong. Aku, hubby, mak and abah tak borong apa-apa pun... Just cuci mata....

Tuesday, October 9, 2012

RNUR Craft

Assalamualaikum semua...

Seperti yang dijanjikan, MyShop ROSLEE RNUR ENTERPRISE telah menjual brooch secara ONLINE dan OFFLINE... Sokongan dari kawan-kawan amat aku hargai. Oleh kerana sekarang Homemade Brooch ni tengah hangat di pasaran, aku pun mengambil peluang ini untuk menceburinya. USAHA TANGGA KEJAYAAN...

Setakat ni alhamdulillah... jualan di kedai amat menggalakkan. Aku ada beberapa plan dalam kepala ni untuk mengembangkan lagi hasil CRAFT kepada semua. Insya'allah...








Friday, October 5, 2012

Slipped Disc atau Sakit Tulang Belakang - Part 3

Assalamualaikum semua....

Jumpa lagi.... Apa khabar? Dan sarapan pagi? Semoga semua sihat dan dilindungi Allah hendaknya.

Hari ni nak sambung pasal slip disc. Kali ni aku nak kongsi info tentang kaedah rawatan dan cara mengurangkan kesakitan. Yelah, kita ni bila dah ada orang yang kena baru terhegeh-hegeh nak cari segala information tentang sesuatu penyakit... aku pun termasuklah tu... Tak pa.. setiap kejadian ada hikmahnya dan kita mestilah sentiasa elert .... 

Slipped disc boleh dirawati melalui 3 kaedah:

1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.

2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan

3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang


Cara Mengurangkan Sakit Belakang: 

1. Berehat. Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

2.  Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

3. Menggunakan tilam yang sesuai. Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

4. Ambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

5. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

6. Gunakan kusyen/bantal. Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

7. Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

8. Mengangkat barang dengan cara yang betul. Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
9. Kawal berat badan. Pastikan berat badan seimbang.

Thursday, October 4, 2012

Slipped Disc atau Sakit Tulang Belakang - Part 1

Assalamualaikum semua...

Seperti yang dijanjikan, hari ni nak kongsi tentang info Slipped Disc atau Sakit Tulang Belakang. Aku dapat info ni dari CekguHairy, Hitam Putih Kelabu dan Sihat VS Sakit .



Apa itu slipped disc? Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Jika anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah ‘spinal stenosis’.
gambar dari google
Fungsi diska adalah sebagai penggalas dan penstabil tulang belakang. Jadi bagaimana slip disc ni boleh berlaku? Jawapannya, apabila diska terkeluar dari kedudukan asal atau normal dalam tulang belakang dan saraf tulang belakang, lalu menekan urat saraf berhampiran. diska ni berbentuk bulat seakan-akan sekeping cakera serta lembut macam gel. Apabila diska ni pecah, diska akan bergerak ke belakang atau terkeluar dari kedudukan asal seterusnya menekan urat saraf tulang belakang dan pinggang. 
gambar dari google
Menurut Pakar Bedah Ortopedik di Hospital Pusrawi, Kolonel (Bersara) Dr. Azmi Abdul Latif, dalam kebanyakan kes, tiada sebarang tanda awal dikesan, sebaliknya hanya dapat dirasai selepas beberapa tahun. Seseorang itu katanya, mungkin betul-betul tidak sedar diska mereka mempunyai masalah sehinggalah cakera mula mengalami kesakitan.Spinal stenosis bukan penyakit, ia merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang. Apa saja punca penyempitan laluan tulang belakang (spinal canal) adalah spinal stenosis.

Tulang belakang adalah garisan panjang terbentuk daripada 26 tulang. Ia membolehkan anda berdiri tegak atau membengkok. Tulang belakang juga melindungi saraf tunjang daripada tercedera. Mereka yang berhadapan dengan spinal stenosis bermaksud, tulang belakangnya menyempit pada satu atau lebih bahagian berikut iaitu ruang tengah tulang belakang, laluan saraf bercabang keluar daripada tulang belakang atau saraf antara tulang di tulang belakang (vertebra).
gambar dari google
Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata spinal stenosis adalah masalah biasa dialami mereka yang berusia 50 tahun ke atas.  

Beliau berkata, spinal stenosis membawa kepada pelbagai masalah bergantung kepada saraf yang terjejas, "Penyempitan itu mungkin membabitkan bahagian yang kecil atau besar pada tulang belakang. Tekanan pada bawah tulang belakang atau akar saraf yang bercabang keluar dan pada kawasan itu mungkin meningkatkan rasa sakit atau kebas pada kaki. Ia boleh berlaku pada satu peringkat saja atau banyak peringkat," katanya.

Rasa sakit pada tengkuk dan bahu. Biasanya berlaku apabila saraf tengkuk ditekan. Ia mungkin terjadi sesekali atau mungkin kronik. Kadangkala ia akan turun pada tangan atau lengan. Anda mungkin alami sakit kepala dan kelemahan otot.

Update: Info pasal Slip disc lagi di Sihat Selalu.

JAGALAH KESIHATAN KITA DEMI ORANG YANG TERSAYANG ...

Slipped Disc atau Sakit Tulang Belakang - Part 2

Assalamualikum semua...

Hari ni aku nak kongsi info tentang punca dan gejala slip disc atau sakit tulang belakang. Harap sedikit sebanyak dapat membantu kita semua... Sumber ibfo dari cekguhairy dan adamfaiz.


Punca utama : 

- Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
- Melompat dari tempat yang tinggi.
- Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
- Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.

Gejala :

Sakit bahagian belakang pinggang. Penyempitan tulang belakang selalunya tidak menimbulkan masalah, tetapi jika penyempitan itu menekan tulang belakang atau saraf tulang belakang, ia akan membentuk simptom. Selalunya ia bermula dengan rasa sakit yang sedikit sebelum berubah menjadi makin teruk.

Kejang dan kebas punggung dan kaki. Selalunya rasa kejang pada kaki bermula apabila anda berdiri terlalu lama atau ketika berjalan. Rasa sakit itu hilang apabila anda membengkok atau duduk tetapi terjadi kembali apabila anda berdiri semula.

Lemah kaki, kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki. Diska yang teranjak boleh menekan saraf pada bahagian bawah tulang belakang. Ia membawa kepada rasa sakit yang bermula pada pinggul atau punggung yang turun ke bahagian kaki. Rasa sakit makin teruk bila anda duduk tetapi hanya menjejaskan satu bahagian saja. Anda akan berasa kebas, lemah dan rasa digigit gigit (tingling) pada kaki atau jari kaki.

Rasa sakit pada tengkuk dan bahu. Biasanya berlaku apabila saraf tengkuk ditekan. Ia mungkin terjadi sesekali atau mungkin kronik. Kadangkala ia akan turun pada tangan atau lengan. Anda mungkin alami sakit kepala dan kelemahan otot.


Jom tengok:
Slipped Disc atau Sakit Tulang Belakang - Part 1
Slipped Disc atau Sakit Tulang Belakang - Part 3

Bersama Selamanya....

Assalamualaikum semua....

Dari Kiri : Shaiful Khairuddin (sayang), Nurul Hidayah (adik/angah), Shaiful Muzammil (along) dan Khairul Anuar (Kuek)
Apa khabar? Semalam aku dapat tahu yang my big brother MC selama 1 bulan. Aku ingat kaki dia sakit, maklumlah dia ada Gout. Rupa-rupanya tak, dia sakit tulang belakang atau kata lain slip disc. Subhanallah.... Mesti sakit kan... Tak dapat aku bayangkan kesakitan yang ditanggung olehnya.... Semoga along kuat dan jangan berputus asa.... Aku kongsikan info tentang Sakit Tulang Belakang atau Slip Disc. Klik disini..

Aku ni bila sentuh perihal adik beradik jer dah rasa touching... Sememangnya hubungan aku adik beradik terlalu rapat dan akrab... Along, aku, sayang dan kuek kalau berkumpul memang happening gempak... Aku dan along memang rapat sebab jarak kami cuma setahun jer... So, kalau buat apa-apa memang berdua jer.... Dari dulu lagi kalau aku bertekak dengan along, kami pasti akan cepat-cepat mintak maaf. Kira marah atau gaduh 1/2 hari jer lah.. Along............ adik sayang along........ Dalam family aku cuma along, k.long n mak jer yang panggil aku adik.... hehehehehehe.. jangan mare ha...

Beza adik aku sayang ialah 5 tahun. Sayang ni manja ngan aku, maklumlah masa tu aku pun dah beso dan baru dapat adik baru.. memang teruja abis... sayang ni masa kecik-kecik muka dia macam jepun skit sebab mata dia cepet dan dalam adik beradik dia jer yang putih sikit.... eleh...suka lah tu... Ada satu peristiwa yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila dimana suka menjadi duka... Sampai sekarang aku masih terasa. Kalau diingatkan semula, confirm aku menangis. Sekarang ni pun aku terasa sebak masa menaip.... MAAFKAN ANGAH SAYANG............... angah sayang sayang.....

Beza aku dengan adik aku no 4, si Kuek ialah 8 tahun... Kuek ni masa kecik-kecik comel jer... Sampai dah besor pun tetap COMEY... Kuek ni jenis orang selamber jer ... Aku tahu, kadang-kadang ada perkataan kami adik-beradik yang dia makan hati, tapi dia tetap selamber jer... Paling comey..muncung dia tu.... Kuek, terima kasih sebab sentiasa jaga mak n abah. Sob..sob...sob... sebaknya... angah sayang kuek......... Semoga cepat kurus...kuang3x...


.