Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.”
(Muslim)
Dalam menjaga hati semua orang, kadang-kadang kita lupa nak jaga hati kita sendiri. Kita ikut saja apa orang lain kata demi menjaga hati mereka, kita susun ayat yang terbaik dalam otak kita sebelum berkata-kata, yelah nanti kalau tersalah cakap tersinggung pula hati. Tapi boleh ke kita buat semua tu walaupun hati kita sendiri memberontak?? Hmmm... susahkan nak puaskan hati semua orang.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
Bukhari dan Muslim
Orang kata kawan waktu suka senang nak cari tapi kawan bila berduka? Bukan mudah kita nak jumpa kawan yang betul-betul memahami kita. Bila kita dalam kesedihan atau kesusahan, seboleh-bolehnya tak nak cerita kat orang. Kononnya tak nak susahkan orang lain dengan masalah kita. Semuanya kita telan sorang-sorang. Walaupun pada hakikatnya kita memerlukan seseorang untuk mendengar masalah kita. At least, kurang lah sikit beban yang kita pikul. Tapi boleh ke kita buat cam tu???Tiba-tiba aku teringat kata-kata ex-manager aku dulu "Kalau kita rasa apa yang kita buat tu betul, pedulikan apa orang lain nak kata" thanks Kak Mai. Aku memang ingat kata-kata tu sampai ke hari ini. Tapi mulut orang kan... walau macamana kita buat yang terbaik pun, orang tetap akan berkata-kata. "PEDULIKS" kan lah diaorang tu, yang penting orang yang kita sayangi, cintai dan terus setia dengan kita tetap akan menyokong apa jua yang kita lakukan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
No comments:
Post a Comment