Wednesday, October 19, 2011

My Favorite Kek

Kek Coklat kukus


Bahan-bahan:

1 cawan gula perang/gula pasir
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara:

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.

(Tip: Cucuk tengah-tengah kek dengan lidi hingga kedasar. Tarik semula lidi tersebut. Sekiranya lidi tersebut masih basah atau ada adunan kek yang melekat maknanya kek belum masak. Tapi kalau lidi tersebut bersih sahaja maknanya kek anda dah masak dan boleh diangkat).



Kek Batik


Bahan-Bahan:

1 bungkus (350g) biskut marie
1/2 buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula

Cara-cara membuat:

1. Patah2kan biskut marrie.
2. Campurkan koko,milo,air dan gula dalam periuk.
3. Kacaukan sampai semuanya larut.
4. Kecilkan api dan masukkan masukkan butter,kacau sampai butter cair
5. Masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
6. Masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut diselaputi coklat. (sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk coklat gune sket ajer...)
7. Masukkan dalam loyang dan tekan2 sket supaya padat.Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

No comments: