Monday, October 17, 2011

ROSLEE RNUR ENTERPRISE

Hari nie aku nak cerita pasal kedai runcit aku n hubby plak. Pengasas utama kedai ni ialah Encik Pairan Bin Kasan Yati bersama isteri tercinta Puan Azenah Binti Samadi (my mother n father in-law da). Terletak di No 5, Kawasan Perniagaan Palong 12, Felda Palong 12, Gemas, Negeri Sembilan.


Menurut cerita my father in-law, kedai pertama yang ada pada masa pembukaan Felda Palong 12 ialah kedai dia. Masa tu susah nak cari barang keperluan sebab Felda Palong 12 terletak 25.9km daripada Gemas. Masa tu x ada jalan tar lagi. Kenalah redah kebun getah untuk sampai kesana. Bak kata pepatah " bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Dulu kedai ni namanya "Kedai Mini H.M.B". Setiap huruf tu ada maknanya. My father in-law cakap, H.M.B tu ada 2 maksud. Yang pertama "Hati Mesti Baik" dan yang kedua "Hutang Mesti Bayar". Kedua2 maksud tu memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Kalau hati x baik orang sure x nak datang kedai kita. Kalau customer x bayar hutang, kita plak yang rugi.

Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”

Sekarang En.Roslee Bin Pairan (my hubby) dah ambil alih perniagaan tersebut. Diam x diam, dah dekat 3 tahun kitaorg menjalankan perniagaan kat Felda Palong 12 ni. Nama kedai pun dah tukar kepada "ROSLEE RNUR ENTERPRISE".



Aku n hubby berazam untuk memajukan lagi perniagaan kami. Bukan setakat barangan runcit sahaja, tetapi lain-lain perkhidmatan juga. Buat masa sekarang kedai kami ada menyediakan perkhidmatan:

1. Bayaran bil semasa secara online.
2. Tempahan kad perkahwinan.
3. Top-up
4. Tempahan tiket airasia secara online.
5. Menaip.
6. Transfer duit secara online.
7. Membaiki komputer.
8. Internet.
9. Membeli barangan secara online.
10. Membaiki kipas angin.
11. Membuat/memperbaharui Lesen perniagaan secara online.

Bukan senang nak yakinkan customer tentang perkhidmatan yang kedai kami sediakan. Berkat usaha dan kesabaran kami, ia membuahkan hasil. Alhamdulillah... Malahan kami menjadi tempat rujukan kepada mereka sekiranya ada perkara-perkara yang berkaitan dengan bil, membuat surat rasmi atau tidak rasmi, internet dan lain-lain. Untuk khidmat nasihat dan penerangan, kami x charge pun... Memang niat nak tolong saja.

No comments: