Alhamdulillah... Semalam selamat sampai ke rumah kediaman dari Kampung Mampan, Batu Pahat, Johor. Semalam hubby beli Metro, aku tertarik dengan satu sesi soal jawab agama tentang anak susuan. Mari sama-sama kita mengimbas kembali apa yang kita pelajari semasa sekolah dahulu tentang ikatan anak susuan dengan keluarga susuannya...
Riwayat: (al-Bukhri)
Kategori: Akidah
Hadith:
Diriwayatkan oleh Abdullah Mulaika r.a: Uqbah bin Harith r.a berkata
bahawa ia menikahi anak perempuan Abi Ihab bin Aziz. Tidak lama kemudian
seorang perempuan menemuinya dan berkata :Akulah yang menyusui Uqbah
dan perempuan yang dinikahinya.
Uqbah berkata kepadanya : Aku tidak
tahu kamu telah menyusui ku dan kamu tidak mengatakannya kepada ku.
Kemudian dia pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah dan bertanya kepada
Rasulullah SAW tentang hal itu. Rasulullah SAW menjawab: Bagaimana kamu
boleh (memperisterikannya) padahal telah dikatakan kepada mu (bahawa ia
saudara sesusu mu) ? Kemudian Uqbah menceraikan isterinya dan kemudian
isterinya berkahwin dengan orang lain.
Huraian Hadith:
Apabila seorang perempuan menyusukan seorang bayi di bawah umur dua
tahun sebanyak lima kali susuan atau lebih, maka anak tersebut menjadi
anak susuannya dan anak suaminya. Oleh yang demikian anak susuan itu
menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu
juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut.
Berikut
disenaraikan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak susuan itu:
i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan
i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan
Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan adalah anak susuan yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya hingga ke bawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan.
Ini kerana susuan itu tidak
menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek
sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa
saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga
furu˜nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah. Hal ini
berdasarkan firman Allah SWT, yang maksudnya: "Dan ibu-ibu kamu yang
menyusukan kamu dan saudara kamu yang sesusu" (an-Nisa': 23)
Serta sabda Rasulullah SWT yang maksudnya: "Sesuatu yang diharamkan dengan sebab penyusuan sebagaimana apa-apa yang diharamkan oleh sebab nasab.
Pautan Asal : http://www.islam.gov.my/e-hadith/haram-berkahwin-dengan-saudara-sesusu
Menurut Portal Rasmi Fatwa Kebangsaan:
"Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan
bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu
penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak
langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan
itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan
sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi
tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan
yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah. "
Untuk keterangan lanjut sila ke pautan:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat
No comments:
Post a Comment