Monday, October 24, 2011

Balik Kampung "D'Mampan"

Last week balik kampung Batu Pahat. Seronol betul. Rindu tul kat mak n abah. Kebetulan plak adik aku Kuek n sayang pun balik juga. Along x dapat balik sebab Ameera kena wat medical check-up. Tak pe...insya'allah kita kumpul ramai-ramai lagi yer...

Masa dalam perjalanan balik ke kampung, adik aku sayang ada anto sms. Dia suh buatkan laksa. Maklumlah org rumah dia tengah mengidam. Kebetulan plak memang aku nak masak laska masa tu. Al-hamdulillah, suka betul adik ipar aku dapat apa yang dia nak makan. Malam tu kita orang plan nak wat BBQ. Aku pernah cakap kat adik and kakak ipar aku, kalau balik kampung Batu Pahat, x yah lah nak diet-diet.... Postpone diet tu ari Isnin jer... Confirm mak masak special punya time kita balik ramai-ramai.




Terliur la pulak....

Ari ahad tu mak masak Nasi Dagang...Walawe....sodap gilo...lauknya mak buat kari ikan tongkol, kari ayam kampung, telur n salad (timun, daun salad n hirisan bawang bosar... lebihan sayur laksa semalam). Memang mantop Mak Leha masak....



Lepas solat asar, aku n hubby balik ke Palong semula. Macam biasa, singgah Kampung Parit Lapis Laman dulu untuk beli kerekep buat jualan. Kami solat magrib di Masjid Al-Azim, Melaka. Lepas tu ingat nak beli barang skit... Tapi x jumpa apa yang dicari. Makan malam kami di Restoren Nasi Ayam Peyet kat Tesco, Melaka.



Wednesday, October 19, 2011

My Favorite Kek

Kek Coklat kukus


Bahan-bahan:

1 cawan gula perang/gula pasir
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara:

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.

(Tip: Cucuk tengah-tengah kek dengan lidi hingga kedasar. Tarik semula lidi tersebut. Sekiranya lidi tersebut masih basah atau ada adunan kek yang melekat maknanya kek belum masak. Tapi kalau lidi tersebut bersih sahaja maknanya kek anda dah masak dan boleh diangkat).



Kek Batik


Bahan-Bahan:

1 bungkus (350g) biskut marie
1/2 buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula

Cara-cara membuat:

1. Patah2kan biskut marrie.
2. Campurkan koko,milo,air dan gula dalam periuk.
3. Kacaukan sampai semuanya larut.
4. Kecilkan api dan masukkan masukkan butter,kacau sampai butter cair
5. Masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
6. Masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut diselaputi coklat. (sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk coklat gune sket ajer...)
7. Masukkan dalam loyang dan tekan2 sket supaya padat.Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

Tuesday, October 18, 2011

Beraya Di Mampan n Bangi (Raya 2011)

Kuek try buat lemang... mantop la kuek menjadi.. tahun depan leh buat lagi...






Beraya kat bangi rumah mak sedara (Hajjah Zaharah)


Beraya Di Palong n Melaka (Raya 2011)

Wajah-wajah ceria semasa raya tahun 2011:

Kat bawah ni gambo hubby dapat hamper dari supliyer tanda menyokong syarikat diaorang. Thanks Keng Heng Sdn.Bhd., Melaka.




Jom kita ke Melaka River Cruise...(bersama keluarga mertua)


Monday, October 17, 2011

ROSLEE RNUR ENTERPRISE

Hari nie aku nak cerita pasal kedai runcit aku n hubby plak. Pengasas utama kedai ni ialah Encik Pairan Bin Kasan Yati bersama isteri tercinta Puan Azenah Binti Samadi (my mother n father in-law da). Terletak di No 5, Kawasan Perniagaan Palong 12, Felda Palong 12, Gemas, Negeri Sembilan.


Menurut cerita my father in-law, kedai pertama yang ada pada masa pembukaan Felda Palong 12 ialah kedai dia. Masa tu susah nak cari barang keperluan sebab Felda Palong 12 terletak 25.9km daripada Gemas. Masa tu x ada jalan tar lagi. Kenalah redah kebun getah untuk sampai kesana. Bak kata pepatah " bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Dulu kedai ni namanya "Kedai Mini H.M.B". Setiap huruf tu ada maknanya. My father in-law cakap, H.M.B tu ada 2 maksud. Yang pertama "Hati Mesti Baik" dan yang kedua "Hutang Mesti Bayar". Kedua2 maksud tu memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Kalau hati x baik orang sure x nak datang kedai kita. Kalau customer x bayar hutang, kita plak yang rugi.

Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”

Sekarang En.Roslee Bin Pairan (my hubby) dah ambil alih perniagaan tersebut. Diam x diam, dah dekat 3 tahun kitaorg menjalankan perniagaan kat Felda Palong 12 ni. Nama kedai pun dah tukar kepada "ROSLEE RNUR ENTERPRISE".



Aku n hubby berazam untuk memajukan lagi perniagaan kami. Bukan setakat barangan runcit sahaja, tetapi lain-lain perkhidmatan juga. Buat masa sekarang kedai kami ada menyediakan perkhidmatan:

1. Bayaran bil semasa secara online.
2. Tempahan kad perkahwinan.
3. Top-up
4. Tempahan tiket airasia secara online.
5. Menaip.
6. Transfer duit secara online.
7. Membaiki komputer.
8. Internet.
9. Membeli barangan secara online.
10. Membaiki kipas angin.
11. Membuat/memperbaharui Lesen perniagaan secara online.

Bukan senang nak yakinkan customer tentang perkhidmatan yang kedai kami sediakan. Berkat usaha dan kesabaran kami, ia membuahkan hasil. Alhamdulillah... Malahan kami menjadi tempat rujukan kepada mereka sekiranya ada perkara-perkara yang berkaitan dengan bil, membuat surat rasmi atau tidak rasmi, internet dan lain-lain. Untuk khidmat nasihat dan penerangan, kami x charge pun... Memang niat nak tolong saja.

Sunday, October 16, 2011

Tekanan Darah Tinggi

Thanks to my hubby coz bawa gi klinik pagi tadi... Hari nie merupakan hari kedua kepala aku pening n bepusing-pusing. Macam naik roller coaster plak... Hari nie lagi teruk, di iringi ngan muntah-muntah. Hubby ajak sarap pun aku dah x terdaya n x de selera. Baru nak sampai klinik jer muntah lagi.. nasib baik aku dah standby plastik sebelum g klinik tadi. Doktor suspect aku pregnant, tapi aku rasa x sebab baru jer lepas period. Then dia check tekanan darah aku. Bacaan 160/80. Tinggi tu...maybe aku penat rewang kot.. dengan cuaca panas lagi, aku bedal minum air batu plak tu. Tu yang pusing-pusing tu... Lepas doktor bagi 2 dus injection baru ok ckit.. alhamdulillah...Doktor pesan banyakkan minum air, banyakkan makan sayuran n buah. Buat masa sekarang jangan minum air teh, kopi n nescafe. Ok Ms.Doktor.

Orang perempuan ni kalau sakit, x yah bawa gi klinik pun x per. Cukup lah dengan adanya hubby disisi, picit2kan kepala ke, buatkan air panas ke... kalo dah x tahan baru mintak anto ke klinik... Tapi kesian plak tengok hubby, mesti penat sbb lepas anto aku gi klinik dah nak kena ikut parent dia g jemputan ke Segamat plak... cian hubby. Balik dari Segamat tido jap, den nak kuo cari barang plak...aku kata nak ikut sbb kesian kat dia... biasalah ku nie kan keras kepala ckit, sakit2 pun aku gagahkan juga nak ikut dia... sapa tak sayang suami oit....

Kat bawah ni ada sedikit info pasal Tekanan Darah Tinggi untuk rujukan bersama. Sumber dari Wikipedia.

"Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.[1] Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring."

Wednesday, October 12, 2011

Doa Supaya Dikurniakan Anak

رَبِّ لاَ تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

(Al-Anbiya' : 89)

Doa Kebahagiaan Dunia & Akhirat

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

(Al-Baqarah : 201)

Doa Dimudahkan Urusan

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

(Al-Baqarah : 286)

Lama Menyepi

Assalamualaikum......

Lama betul tak up-date blog nie. Sebenarnya den dah lupo email n password blog nie... Boleh plak ari nie tergerak nak cari balik... lastly jumpa gak... alhamdulillah...

Diam tak diam dah dekat 2 tahun aku tak up-date blog nie. Banyak perkara yang berlaku dalam masa 2 tahun lepas... ada berita gembira..ada berita sedih... Insya'allah aku akan ceritakan mana yang aku ingat yer....

Perniagaan aku n hubby sekarang alhamdulillah...Allah masih bagi rezeki kepada kami... So, kenalah kerja lebih keras untuk memajukan kedai kami.

Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya:”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”


Doa Dipermudakan segala Urusan

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

(Al-Baqarah : 286)