Assalamualaikum Semua...
Siapa yang pernah kena DEMAM CAMPAK??? Selalu kita tgk budak kecik je yang kena demam campak kn... Ini apa kes, aku yang dah tua ni pun kena demam campak lagi.... Adoi ai... memang bisa badan-badan tau... Kalau aku yang tua ni pun tak tahan, inikan pula baby atau kanak-kanak yang nak membesar.
Demam tak kena demam campak??? Haruslah demam, dah nama pun DEMAM campak. Bezanya cuam tak dicampak jer... Hehehehehehehe....
Jom kita baca artikle ni. Mengenai
DEMAM CAMPAK.
Apa itu demam campak?
Demam campak (Rubella) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak
disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami
gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara
dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa
bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak
di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program
campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan
dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh
itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah
kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar
kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
-
Demam tinggi.
-
Batuk, selesema dan sakit tekak.
-
Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
-
Sakit otot.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka
dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan
biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam
masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
-
Jangkitan pada telinga.
-
Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
-
Jangkitan pada otak (encephalitis).
-
Cirit-birit.
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:
-
Panadol untuk mengurangkan demam.
-
Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
-
Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit
dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain
(sehingga 4 hari selepas ruam timbul).
Cara rawatan tradisional.
Minumlah air kelapa muda untuk mengeluarkan bintik-bintik merah dalam badan kita.... (Abah aku siap bekalkan 6 biji kelapa muda untuk dibawa balik. Sampai muntah-muntah aku minum. Nak baik punya pasal. Alhamdulillah.... terimakasih abah...muah...muah...muah...