Saturday, February 1, 2014

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan yang berbangsa Cina. Well, kesempatan ini aku pun balik Batu Pahat tuk beraya... Kitakan 1 Malaysia ma....

Aku pakat adik beradik balik kampung... Baru happening. Aku dah janji ngan mak, k.long and my cute sister in law tuk ajar buat Kek Gula Hangus. Thank to my friend Mina kerana bagi resepi ni... Jom kita layan...




Bahan-Bahan:
(Untuk Gula Hangus)
3 cawan gula
3 cawan air

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan majerin/planta/butter
8 biji telur ayam
1 tin susu pekat manis
1 sudu besar (penuh membukit) soda bikarbonat
1 sudu bsar esen vanila

Cara nak buat:
1. Masukkan 3 cawan gula kedalam kuali atau periuk bersama 2 cawan air. Masak dengan menggunakan api yang sedang. Kacau perlahan-lahan  Apabila gula sudah brtukar menjadi keperang-perangan, masukkan baki 1 cawan air kedalam gula hangus tadi sikit demi sedikit dan kacau. HATI-HATI kerana gula tersebut akan memercik bila kita masukkan air. Kacau rata dan matikan api. Sejukkan.

2. Panaskan oven 150 darjah celcius.

3. Dalam mangkuk, masukkan susu dan majerin. Pukul hingga putih dan berkrim.

4. Masukkan gula dan kacau hingga rata.

5. Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga putih dan kuning telur bersatu. (jangan pukul hingga berbuih yer). Masukkan telur tadi kedalam mangkuk yang ada susu, majerin dan gula. Kacau rata.

6. Masukkan esen vanila dan gula hangus. Kacau hingga rata. Kemudian, masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga rata.

7. Akhir sekali masukkan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan pastikan tiada yang berketul yer.

8. Masukkan kedalam loyang yang telah di sapukan dengan majerin dan ditaburkan sedikit tepung gandum. Tujuannya ialah supaya kek tidak akan melekat pada loyang.

9. Bakar selama 1 jam. Sejukkan sebelum di keluarkan dari loyang.


SELAMAT MENCUBA...

No comments: