Friday, March 14, 2014

Kemarau D'Palong

Assalamualaikum Semua....


Ramai orang mengeluh sebab dah lama hujan tak turun... Subhanallah... Anggap itu semua ujian dariNya. Aku ingat lagi, masa aku sekolah kat SMDM, Ayer Hitam, Johor. Aku kata kat seorang ustazah "panasnya ustazah.." Ustazah tu kata, kalau kita sebut panas, panaslah jadinya. Cuba kalau panas tu kata... SEJUKNYA.... insya'allah, dengan izinNya dah tak rasa panas.." Sampai sekarang aku ingat kata-kata tu. Alhamdulillah, apa yang ustazah tu kat memang betul... Korang cubalah...

Sekarang ni, semua sungai dah kering dah kat sini... Air paip pun dah kena catu.... So, kenalah kita berjimat cermat dalam penggunaan air... Kalau dah kena catu tu, tadah/simpanlah air secukupnya. Ini tak, ada juga yang rakus dan tak sabar dengan ujian yang Allah berikan. Tahunya nak marah-marah je sebab tak ada air, bukannya kita minta panas bepanjangan. Kat Arab Saudi, Afrika lagilah panas.

Kalau dah kemarau tu, tak salah kita buat solat hajat supaya allah basahkan bumi yang gersang ni. Ini tak, ada juga hamba Allah yang kata, tak perlu buat solat hajat kerana pokok-pokok kat tepi jalan tu masih hijau. Subhanallah, ini orang pun ada kan... APTB...



No comments: