Wednesday, April 17, 2013

Alhamdulillah.....

Assalamualaikum semua....

Hari ini ke Hospital Kuala Pilah untuk follow up check-up. Alhamdulillah.. Doktor kata kaki aku dah ok. Benang operation yang terkeluar tu, doktor dah buang. Cuma, doktor pesan supaya aku jangan "renyah-renyah" sangat. Make sure luka bekas operation tu, betul-betul kering.

Terima kasih kepada doktor yang merawat aku, Dr. Durai, Dr. Malini, Dr. Mimi n Dr. Adila. Juga kepada semua staff Wad 8.

Tinggal Kenangan.....


Aku memang dah berhajat nak buat bubur pulut hitam dan pulut putih kalau aku dah baik nanti. So, alhamdulillah apa yang aku hajati, aku dah tunaikan. Bubur tersebut aku sedekahkan pada orang ramai.
 



Monday, April 15, 2013

My Last Dressing At Klinik Palong 9, 10, 11

Assalamualaikum semua....

Petang tadi gi "dressing" luka masa operation 2 bulan lepas. Actually, bulan pertama lepas operate aku memang gi cuci luka kat Klinik Kesihatan Felda Palong 9, Gemas, Negeri Sembilan. Masuk bulan kedua, aku dah minta kebenaran piha klinik untuk cuci sendiri. Aku masih ke Klinik Palong 9 seminggu sekali untuk pemantauan.

Hari ni, hari last aku gi cuci kat sana. Luka aku pun dah mula kecil dan boleh dikatakan 80% pulih. Alhamdulillah.... Terima kasih kepada semua staff yang bertugas untuk mencuci luka aku ni (En. Shah Reza dan En.Hafizi).  Terima kasih yang terhingga juga pada hubby coz menghantar dan menunggu aku sehingga selesai buat dressing.
 Ini resit last.... hehehehehe...

Aku nak share sikit tujuan kita wat "dressing" pada luka... 

Peralatan untuk aku wat "dressing". Dah boleh jadi nurse aku ni...

  1. Melindungi luka daripada kecederaan mekanikal, tercemar oleh kekotoran serta tercemar oleh mikroorganisma dan mencegah infeksi
  2. Menggalakkan penyembuhan luka dengan ubatan yang di gunakan 
  3.  Menyerap sekresi , nanah, serous, dan darah dengan memastikan luka sentiasa kering untuk mempercepatkan proses penyembuhan
  4. Mengeluarkan bendasing dan tisu-tisu mati
  5.  Memberi keselesaan fizikal dan mental agar pesakit tidak takut melihat luka

Ok.... cukup untuk hari ini dulu. Esok aku akan ke Hospital Kuala Pilah untuk follow-up check up. See u all at my next N3....

Assalamualaikum.....

Monday, April 8, 2013

ANAK SUSUAN

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah... Semalam selamat sampai ke rumah kediaman dari Kampung Mampan, Batu Pahat, Johor. Semalam hubby beli Metro, aku tertarik dengan satu sesi soal jawab agama tentang anak susuan. Mari sama-sama kita mengimbas kembali apa yang kita pelajari semasa sekolah dahulu tentang ikatan anak susuan dengan keluarga susuannya...



Riwayat: (al-Bukhri)
Kategori: Akidah
Hadith: 
Diriwayatkan oleh Abdullah Mulaika r.a: Uqbah bin Harith r.a berkata bahawa ia menikahi anak perempuan Abi Ihab bin Aziz. Tidak lama kemudian seorang perempuan menemuinya dan berkata :Akulah yang menyusui Uqbah dan perempuan yang dinikahinya.

Uqbah berkata kepadanya : Aku tidak tahu kamu telah menyusui ku dan kamu tidak mengatakannya kepada ku. Kemudian dia pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah dan bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal itu. Rasulullah SAW menjawab: Bagaimana kamu boleh (memperisterikannya) padahal telah dikatakan kepada mu (bahawa ia saudara sesusu mu) ? Kemudian Uqbah menceraikan isterinya dan kemudian isterinya berkahwin dengan orang lain.

Huraian Hadith: 
Apabila seorang perempuan menyusukan seorang bayi di bawah umur dua tahun sebanyak lima kali susuan atau lebih, maka anak tersebut menjadi anak susuannya dan anak suaminya. Oleh yang demikian anak susuan itu menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut.

Berikut disenaraikan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak susuan itu:
i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan

Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan adalah anak susuan yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya hingga ke bawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan.

Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu˜nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT, yang maksudnya: "Dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu dan saudara kamu yang sesusu" (an-Nisa': 23)

Serta sabda Rasulullah SWT yang maksudnya: "Sesuatu yang diharamkan dengan sebab penyusuan sebagaimana apa-apa yang diharamkan oleh sebab nasab.


 Pautan Asal : http://www.islam.gov.my/e-hadith/haram-berkahwin-dengan-saudara-sesusu


Menurut Portal Rasmi Fatwa Kebangsaan:
"Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:


a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah. "

Untuk keterangan lanjut sila ke pautan:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat


Sunday, April 7, 2013

Balik Kampung... Hohoho... Balik Kampung....

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah.... diam tak diam, bising tak bising (bak kata hubby) dah 2 bulan aku tak balik kampung halaman. Jangan salah sangka yer... Jangan pula labelkan aku sebagai anak yang lupa kan kampung plak... Walaupun dah lama tak balik, dalam seminggu, 3 kali aku mesti tepon mak n abah tau...

Lepas kaki dah ok and sekarang aku pun dah pakai 1 tongkat. Kesian kat mak n abah yang kehulu kehilir tengok anak-anak yang sakit. Dah sihat ni, giliran aku plak balik kampung... Bestnya...

Terima Kasih mak n abah kerana sentiasa mendoakan kesihatan anakmu ini... Sayangggggggggggg sangat mak n abah... kuek juga... Thanks sebab tolong "dressing" luka angah... Cara kuek cuci luka, memang terbaek...... Kalah nurse2 yang ada kat klinik...

Hari sabtu lepas tolong mak n abah berniaga kat sekolah. Ma buat Mee Kari... 1 mangkuk, RM1.20... Aku ingat ma cuma letak fish ball n fish cake jer... rupa-rupanya dalam buah tu ada macam-macam.. Ada udang, kerang, daging, sotong n ayam...
 Mee kari mak leha... terbaekkkkkkkkkkkkk...
Jualan dah habis.... Alhamdulillah....

Aku tanya mak n abah... "Dalam mee kari ni ada macam-macam, mak n abah jual RM1.20 je?". Abah aku menjawab dengan senangnya sambil tersenyum." Tak pe la ngah, abah ngan mak berjual sambil bersedekah". Alhamdulillah.... Terharu betul aku dengar... Insya'allah, Allah akan murahkan lagi rezeki mak n abah.. Amin...

Dah nak PRU ni... perang bendera disana sini... meriah je aku tengok. Kat kampung aku pun sama... Pasang, jangan tak pasang bendera masing-masing....
 

Tak puas rasanya balik kampung... kalau dapat kumpul ramai-ramai lagi best... tak pa, insya'allah ada rezeki kita kumpul ramai-ramai yer.... kasi gegar rumah mak n abah...


Tuesday, April 2, 2013

Takziah Untuk Abang Abil

Assalamualaikum semua...

Tengah hari tadi aku buka facebook aku. Satu berita yang menyedihkan telah di "post" oleh Dana Sinar Fauziah (di post oleh suami beliau Abil Fikri Ahmad @ Abag Abil).

 

Aku pernah kongsikan rentetan kisah abang abil dan isterinya Fauziah Muhamad @ kak gee. Kisah suka duka kehidupan rumahtangga abang abil dan kak gee. Abang abil buat blog Warkah Buat Isteri adalah khas untuk tatapan isterinya bila sembuh kelak. Bagi aku blog abag abil bukan lah bertujuan untuk meraih simpati sesiapa, tetapi lebih kepada menceritakan perjalanan hidupnya bersama isteri tercinta. Blog beliau banyak memberi pengajaran kepada kita semua tentang tentang pengorbanan suami demi menjaga isterinya yang di serang asma dan menyebabkan Damage Brain. Sekarang, itu semua tinggal kenangan untuk abang abil dan kita semua. Kak Gee telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 April 2013. Al-fatihah....


سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Berat mata memandang, berat lagi bahau yang memikulnya. Semoga abang abil lebih tabah, sabar dan redha dengan pemergiannya. Saya berharap semoga abang abil dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sememangnya Allah s.w.t lebih tahu apa yang terbaik untuk kak gee dan abang abil.