Assalamualaikum semua....
Hari Ahad lepas aku gi Seremban. Nak melawat abang aku yang sakit. Kebetulan mak, abah n kuek ada kat sana. Bestnya.... dapat kumpul ramai-ramai.
Entri tahun lepas aku ada cerita pasal abang aku yang kena "Disc Slip" kan.... So, sekarang rasanya dah ok sikit, cuma still tak boleh nak berdiri dan menapak macam biasa. Hari Isnin keesokannya, abah n kak long hantar along ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk follow up check-up. Doktor kata bahagian pinggang ke kaki dah ok, tapi dia confius kenapa still tak leh jalan cam biasa. So, doktor suruh wat MIR semula.
Hmmm..... tak sanggup aku tengok along aku cam tu... Yelah... aku ngan along memang rapat sejak kami kecik lagi. Susah senang kami sama-sama.
"Ya Allah, Ya Rohman, Ya Rohim. Kau sembuhkanlah penyakit abangku. Jauhkanlah dia dari kesusahan, kau lindungilah abangku dan keluarganya, Kau berikanlah kekuatan untuknya terus berusaha melawan penyakitnya itu. Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang maha agung, maha pemurah, maha penyayang dan maha pengampun. Kau makbulkanlah doaku ini Ya Allah. Amin ya robbal a'lamin...".
** Aku memang tak nak ambil gambar along waktu dia sakit. Sebab aku nak dia sihat macam biasa. Aku nakkan along aku yang dulu... Along, Adik tahu along kuat. Along boleh lawan sakit along tu. FOKUS untuk sihat macam biasa. Paksa diri untuk sihat demi isteri dan anak-anak....
Ingat tak entri pasal "Selamat Hari Lahir Abah dan Mak...". Akhirnya dapat gak aku sambut belated besday abah ngan mak... Alhamdulillah. Aku rasa puas sangat dapat buat sesuatu perkara yang dah lama aku plan. LOVE U Mak and Abah....
Kek Special for my parent...
Happy belated birthday mak and abah...
Kakak dan adik ya pun nak potong
No comments:
Post a Comment