Monday, January 28, 2013

Kuih Talam Berlauk

Assalamualaikum semua....

Maaflah dah lama tak up-date blog ni..... Bila dah ada 2 blog ni, agak kelam kabut jugalah nak up-date the latest story. Skrg ni aku wat pulak jualan online via facebook n blog..adoiiii... lagilah macam x sempat. Insya'allah aku up-datekan slow-slow... Orang jawa kata "alon-alon".

Ha... ni lagi satu, aku dah lama kan tak masukkan entri masak-masak.... Gambar dalam laktop dah berlambak. Nak masukkan dalam blog "M" plak... kuang3x.... Jangan marah ha....

Hari ni nak kongsi buat kuih Talam Berlauk. Selalu kita dengar orang buat kuih Cara Berlauk kan... Ini versi talam plak. Resepi dari Omak Den yang memang Chef terbaekkkkkkkkkk untuk aku. Jom kita tengok resepinya... Mencech jer aku ni kan....


Bahan-bahan:

Bahan A:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan tpg ubi
3 cawan santan (tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair)
1 bungkus udang kering (yang harga RM1.00. Di kisar atau ditumbuk lumat)
Garam secukup rasa

Bahan B:
1 mangkuk kecil ikan bilis yang telah dibersihkan dan dipotong kecil2 (goreng hingga garing )
1 biji telur (didadar nipis dan hiris memanjang)
1 biji lada merah (dibelah 2 dan dibuang bijinya. kemuadian dihiris)
Sedikit daun sup (di hiris )
Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya:
1. Panaskan kukus.
2. Satukan bahan A didalm periuk. Kacau hingga tiada lagi ketulan tepung.
3. Setelah rata, asingkan 1 cawan adunan ketepi.
4. Kacau adunan diatas api yang sederhana hingga adunan menjadi pekat. Matikan api.
5. Masukkan adunan tadi kedalam loyang yang telah di sapukan sedikit minyak masak. (aku guna mangkuk plastik yang tahan panas).
6. Ratakan adunan dan kukus selama 20 minit dengan api yang besar.
7. Semetara itu satukan adunan bahan B ke dalam mangkuk.
8. Selepas 20 minit, buka penutp kukus dan kecilkan api. Tuang 1 cawan adunan A yang diasingkan tadi.
9. Kemudian taburkan bahan B di atas permukaan talam. Tutup semula kukus dan kukus semula selama 15 minit dengan api yang besar.
10. Biarkan kuih talam berlauk sejuk, barulah boleh dipotong untuk dihidangkan...

SELAMAT MENCUBA.....



No comments: