Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, insya'allah kita akan menyambut bulan Syawal tak lama lagi. Bila dah nak raya ni, terasa sekejap masa berlalu. Sedih betul nak tinggalkan bulan Ramadhan yang mulia. Insya'allah kita bertemu lagi wahai bulan Ramadhan.
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”
(at-Tabrani)
Raya tahun ni kawan-kawan beraya dimana? Bagi yang bujang, anda tiada pilihan untuk menyambut hari raya ye.... selain rumah kedua ibu dan bapa kecuali bagi mereka yang kena kerja.... Macamana pula bagi mereka yang dah berumah tangga??? Jangan berebut-rebut nak balik rumah ibu dan bapa masing-masing. Sejak dari awal perkahwinan, aku and hubby dah buat sistem giliran untuk pulang berhari raya. Jadi tiadalah perbalahan tika menjelang hari raya... Bagi aku dan hubby, beraya dimana-mana pun sama aje. Janji dapat meluangkan masa dengan insan tersayang.
Kat sini aku nak kongsi info PERSIAPAN SEBELUM PULANG BERHARI RAYA dari yahoo malaysia...
Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan
atau langkah pencegahan haruslah diambil bagi mengelakkan perkara yang
tidak diingini berlaku.
Di sini kami berkongsi panduan atau tips-tips sebelum pulang berhari
raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri.
RANCANG PERJALANAN ANDA
Bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman yang memakan perjalanan
jauh, pastikan anda merancang terlebih dahulu dari segi tarikh dan jam
berapa anda perlu bertolak. Ini penting bagi mengelak anda daripada
tergesa-gesa serta terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Seperti
dipetik daripada laman sesawang Lebuhraya PLUS, orang ramai terutama
sekali dari Lembah Klang dijangka bertolak pulang pada 17 dan 18 Ogos.
Oleh itu bagi mereka yang menuju ke kawasan utara seperti Kedah, Perlis,
Pulau Pinang dan juga selatan iaitu Johor dinasihatkan bertolak sebelum
jam 12 tengahari. Manakala untuk destinasi lain pula seperti Kuala
Kangsar, Changkat Jering, Taiping dan Melaka boleh memulakan perjalanan
antara jam 12 tengahari dan 3 petang.
PASTIKAN KEADAAN KENDERAAN SELAMAT DIGUNAKAN
Tips ini merupakan perkara paling penting yang harus anda lakukan
sebelum memulakan perjalanan jauh. Bawa kereta anda ke pusat servis yang
bertauliah untuk pemeriksaan seperti enjin, bateri, tali kipas, air
radiator, lampu depan, lampu isyarat, lampu brek, lampu kecemasan,
tekanan angin tayar serta tayar simpinan, brek tangan serta pengilap
cermin agar semuanya berfungsi dengan baik.
MAKLUMKAN KEPADA JIRAN / POLIS
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda memaklumkan kepada jiran
terdekat yang tidak pulang ke kampung halaman untuk tengokkan rumah
anda. Malah anda boleh memaklumkan di balai polis berdekatan agar polis
membuat rondaan di kawasan rumah anda. Pastikan anda turut hentikan
penghantaran surat khabar sehingga anda pulang ke rumah.
PEMERIKSAAN RUMAH SEBELUM BERTOLAK
Sebelum bertolak pulang, anda perlu memeriksa sekali lagi bahawa semua
pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu. Pastikan anda
menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur. Cara ini merupakan langkah
yang terpenting dan berkesan untuk mengelakkan rumah anda dipecah masuk.
Barang-barang berharga perlulah disimpan di tempat yang selamat atau
tersembunyi. Bagi menjaga keselamatan harta benda, jangan lupa untuk
periksa peralatan seperti suis dan kepala gas supaya tidak berlaku litar
pintas atau kebocoran gas bagi mengelak berlakunya kebakaran.
MEMULAKAN PERJALANAN
Untuk memandu bagi perjalanan jauh, pastikan anda rehat dan tidur dengan
secukupnya, kerana jika anda keletihan ia boleh mengganggu konsentrasi
anda ketika memandu. Yang kedua, elakkan mengambil ubat yang boleh
memberi kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selsema kerana ia boleh
mengganggu tumpuan anda. Yang ketiga pula, elakkan daripada berperasaan
marah sebelum memulakan perjalan. Ini kerana apabila anda marah ia akan
membuat anda stress, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan
peraturan jalan raya dan ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang
lain. Yang terakhir sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi
tangki minyak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan
petrol di tengah-tengah jalan raya.
REHAT JIKA MENGANTUK
Jika anda berasa mengantuk atau letih, berhentilah di kawasan rehat yang
disediakan untuk berehat sebentar bagi mengelak berlaku perkara yang
tidak diingini. Jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kereta
ketika berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi
mengelakkan sebarang kecurian.
MEMANDU KETIKA HUJAN LEBAT
Jika anda memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan
anda dan pasang lampu hadapan. Elakkan daripada memandu laju kerana
keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kemalangan. Jarakkan
kenderaan anda serta elakkan daripada mengekori kereta hadapan terlalu
rapat. Ini kerana ia dapat mengelakkan daripada kemalangan berlaku.
Amalkan pemanduan berhemah, pasti anda akan selamat sampai ke destinasi!
2 comments:
hai...
hai....
Post a Comment