Monday, August 13, 2012

Al Fatihah Untuk Sahabatku Azahar Bin Mohd Senin

Assalamualaikum Semua

Kepada semua rakan-rakan ku, sedekahkanlah Al-fatihah kepada sahabat saya yang merupakan jiran terdekat saya, telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat, 10 Ogos 2012. Al-Fatihah
سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Hadith :
Dari Abu Qatadah bin Rabi’ r.a beliau menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu jenazah berlalu di hadapan Nabi SAW, lalu baginda bersabda:”Senang dan menyenangkan” Para sahabat bertanya:” Apa maksud ucapan tuan itu Ya Rasulullah?” Jawab nabi SAW:”Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia. Dan apabila seorang jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang daripada kejahatannya.” 
(al-Bukhari)
 

Aku dan hubby masih dalam keadaan terkejut bila dapat berita kemalangan yang melibatkan arwah Azahar dan isterinya Miza pada hari Jumaat malam tu. Allah lebih menyayangi arwah Azahar. Arwah meninggal di bulan yang mulia dan hari yang tepat iaitu hari Jumaat selepas selesai menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah.....

Gambar ehsan dari Ayahanda Salman Sarijan

Hadith :
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.” 
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745
 
Isterinya patah tulang paha dan masih dirawat di Hospital Kuala Pilah. Semoga miza tabah mengharungi dugaan dari Allah.

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” 
(Muslim


Allahyarham Azahar B. Mohd Senin telah diijabkabulkan bersama isterinya Normiza Binti Awang pada 7 Oktober 2011. Aku yang buat kad perkahwinan untuk kedua-dua pasangan ini. Pasangan ini baru sahaja 10 bulan melayari bahtera rumahtangga. Allah itu maha mengetahui segalanya. Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menolak. Takziah buat Cik Nin sekeluarga dan Miza, semoga tabah menghadapi dugaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangannya amat dirasai oleh teman-teman yang mengenali beliau... 

"Wahai Allah, ampunilah Azahar B.Mohd Senin, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Amin Ya Rabbal A'lamin.." Al-fatihah....

No comments: