Sunday, September 2, 2012

Beraya D'Palong 2012

Assalamualaikum semua....


Hari baru baru ada kelapangan nak up date pasal "raya". Alhamdulillah, kali dapat juga aku dan adik beradik belah hubby berkumpul beramai-ramai untuk menyambut hari raya, majlis aqiqah dan kesyukuran dan majlis pertunangan adik yang tercayang...

Untuk entry kali ni aku nak share pasal sambutan raya dan majlis aqiqah anak buah yang baru Amirul Aysraf (anak kepada adik iaprku Roslinda). Untuk Majlis pertunangan "Abang Rohaizat", I will do another entry ye...

Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai cam ni..... Dengan keletah anak buat yang mencuit hati... termasuklan Si Amirul Fikri yang sememangnya kecoh.... Mak Long cayang mirul....  Mirul jangan nakal-nakal tau...

Kat bawah ni ada beberapa gambo raya yang sempat aku candid... Ada gak yang aku Bluetooth dari handset adik Uyun tercayang... Thanks adik...

Minggu lepas baru selesai marhaban untuk kaum hawa warga blok 1, Felda Palong 12. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Inilah masa kita nak beraya bersama saling maaf bermaafan. Ialah, kita ni manusia tak ada yang sempurna. Yang baik datang dariNYA, yang buruk datang dari kita semua.

kat bawah ni gambar sekitar marhaban yang sempat aku candid guha handset botol air aku ni... jadilah... Hubby, ehem...ehem...






Alhamdulillah, raya tahun ni, aku n the geng dapat beraya bersama Miza isteri kepada arwahyarham Muhamad Azahar Bin Mohd Senin. Ingat tak lagi dalam entry aku yang lepas, pasal kemalangan sahabat aku n hubby. Miza baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan besi pada kedua-dua pehanya akibat patah semasa kemalangan tersebut. Semoga Miza tabah dalam mengharungi cabaran dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Allah yang maha mengetahui segalanya. Amin...

Kami memang geng yang terbaik...

1 comment:

Anonymous said...

salam..tq kak long 4 the special slide n sweet story...may Allah blessing u..