Hehehehe..... raya belum habis lagikan.... Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga..
Seminggu sebelum raya, abah, hubby, along n kuek telah berjaya mengacau dodol dengan penuh semangat. Mak duat 6 kampit tepung pulut. dapatlah dalam 3 dulang dodol. Thanks to kak long kerana berjaya memerah santan kelapa... Aku ni ada penyakit "M" kalau kena perah kelapa parut, kalau suh mesin kelapa aku sanggup. Bagilah berapa puluh biji pun..aku ok jer...
Raya kali ni mak masak Nasi Baryani kambing dan Nasi Baryani ayam kampung. Alhamdulillah, aku plak tu macam mengidam nak makan nasi baryani je... Hubby makan sampai 2 kali tambah... syabas hubby. Terus terang aku bagitau korang semua, aku n hubby bukan penggemar Nasi Baryani. Kalau g kenduri kawin, Nasi Baryani n Nasi Minyak memang kitaorang dah reject awal-awal. Tapi bila my mom masak, perh!!!! mantap... Terima kasih mak.. Luv u...
Kat bawah ni antara gambar yang sempat aku snap....
Sesi bermaafan kepada mak n abah dan adik beradik yang lain...
Anakanda Umi dan Abi yang dicintai.... |
Aku n hubby bersama anakanda Muhamad Danial Irfan Bin Shaiful Khairuddin
Ayah dan ibu Irfan... |
Bergambar bersama pelakon dan pelakon vateran Atok Tawil... Sedara aku rupanya...
No comments:
Post a Comment