Thursday, September 20, 2012

I'm Back...

Assalamualaikum semua.....

 Adoyai.... lamanya tak update blog ni.... Apa khabar kawan-kawanku? Harap korang semua sentiasa dilindungi Allah s.w.t.

Last 2 weeks, aku update blog kedai yang dah lama tak di UP-DATE kan... Banyak betul yang terperap kat draf item. So, kena post kan cepat-cepat sebab next month aku nak update the latest product dari ROSLEE RNUR ENTERPRISE. Tunggu........


Monday, September 10, 2012

Beraya D'Mampan 2012

Assalamualaikum semua...


Hehehehe..... raya belum habis lagikan.... Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga..
Alhamdulillah, tahun ni giliran aku beraya di kampung halaman... Home sweet home... Sampai je along sekeluarga dah sampai dengan kejutan yang tak diduga.... Adik Ya jadi tukang gunting rambut professional.... Adik...adik...

Seminggu sebelum raya, abah, hubby, along n kuek telah berjaya mengacau dodol dengan penuh semangat. Mak duat 6 kampit tepung pulut. dapatlah dalam 3 dulang dodol. Thanks to kak long kerana berjaya memerah santan kelapa... Aku ni ada penyakit "M" kalau kena perah kelapa parut, kalau suh mesin kelapa aku sanggup. Bagilah berapa puluh biji pun..aku ok jer...
 
 
 

Raya kali ni mak masak Nasi Baryani kambing dan Nasi Baryani ayam kampung. Alhamdulillah, aku plak tu macam mengidam nak makan nasi baryani je... Hubby makan sampai 2 kali tambah... syabas hubby. Terus terang aku bagitau korang semua, aku n hubby bukan penggemar Nasi Baryani. Kalau g kenduri kawin, Nasi Baryani n Nasi Minyak memang kitaorang dah reject awal-awal. Tapi bila my mom masak, perh!!!! mantap... Terima kasih mak.. Luv u...

 

Kat bawah ni antara gambar yang sempat aku snap....

Sesi bermaafan kepada mak n abah dan adik beradik yang lain...
Anakanda Umi dan Abi yang dicintai....
 
Aku n hubby bersama anakanda Muhamad Danial Irfan Bin Shaiful Khairuddin
Ayah dan ibu Irfan...
Bergambar bersama pelakon dan pelakon vateran Atok Tawil... Sedara aku rupanya...


Sunday, September 2, 2012

Beraya D'Palong 2012

Assalamualaikum semua....


Hari baru baru ada kelapangan nak up date pasal "raya". Alhamdulillah, kali dapat juga aku dan adik beradik belah hubby berkumpul beramai-ramai untuk menyambut hari raya, majlis aqiqah dan kesyukuran dan majlis pertunangan adik yang tercayang...

Untuk entry kali ni aku nak share pasal sambutan raya dan majlis aqiqah anak buah yang baru Amirul Aysraf (anak kepada adik iaprku Roslinda). Untuk Majlis pertunangan "Abang Rohaizat", I will do another entry ye...

Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai cam ni..... Dengan keletah anak buat yang mencuit hati... termasuklan Si Amirul Fikri yang sememangnya kecoh.... Mak Long cayang mirul....  Mirul jangan nakal-nakal tau...

Kat bawah ni ada beberapa gambo raya yang sempat aku candid... Ada gak yang aku Bluetooth dari handset adik Uyun tercayang... Thanks adik...

Minggu lepas baru selesai marhaban untuk kaum hawa warga blok 1, Felda Palong 12. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Inilah masa kita nak beraya bersama saling maaf bermaafan. Ialah, kita ni manusia tak ada yang sempurna. Yang baik datang dariNYA, yang buruk datang dari kita semua.

kat bawah ni gambar sekitar marhaban yang sempat aku candid guha handset botol air aku ni... jadilah... Hubby, ehem...ehem...






Alhamdulillah, raya tahun ni, aku n the geng dapat beraya bersama Miza isteri kepada arwahyarham Muhamad Azahar Bin Mohd Senin. Ingat tak lagi dalam entry aku yang lepas, pasal kemalangan sahabat aku n hubby. Miza baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan besi pada kedua-dua pehanya akibat patah semasa kemalangan tersebut. Semoga Miza tabah dalam mengharungi cabaran dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Allah yang maha mengetahui segalanya. Amin...

Kami memang geng yang terbaik...

Saturday, September 1, 2012

Selamat Bertunang Muhamad Rohaizat Bin Pairan..

Assalamualaikum semua...

Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a katanya:Rasulullah SAW pernah melarang ˜Usman bin Mazh'un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami.

TAHNIAH abang Ejat... Selamat bertunang... tahun depan dah boleh beraya berdua yer... Alhmadulillah pada 31 Ogos 2012, adik hubby telah mengikat tali pertunangan dengan Cik Nana kita... Congratulation to both of you.. Selamat menjalani alam pertunangan. Tak moh gaduh-gaduh tau...

Tema dari abg ijat untuk Cik Nana ialah biru pink... Cantik rupanya. Masa mula-mula kau nak beli bunga tuk gubahan, rasa macam pelik plak... Bila dah combinekan bunga biru n pink, nampak ceria sangat. Pandai abang ijat pilih warna tema.

Kali ni untuk gubahan barang hantaran aku buat bersama ibu mertua ku dan adik iparku roslinda. Alhamdulillah, semua gubahan dapat disiapkan seperti yang dirancang. Hantaran dari pihak keluarga mertuaku ialah 7 dulang di balas 9 dulang dari pihak bakal besan mak n abah mertuaku...

Kat bawah ni ada ada beberapa gambar sekitar majlis pertunangan abang ijat n Cik Nana...
Ejat bersama hadiah dari nana...
Insya'allah, tahun depan tambah lagi sorang kaum hawa dalam keluarga kami...

Hadiah dari Ejat untuk Nana...

Inilah Cik Juliana kita...Tahniah... 
Sekitar majlis pertunangan...