Sunday, August 26, 2012

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya...

Assalamualaikum Semua...

Hehehehe... Sebenarnya nak up date pasal raya, tapi aku HOLD dulu... dok kat draf item dulu yer... Last week aku ada baca paper Metro. Aku tertarik dengan satu cerita yang mana ada plak dibagi bolg addressnya... aku pun dengan pantas terus mengadap komputer yang ada kat kauter kedai ni.... "WARKAH BUAT ISTERI".

 
Gambar dari goggle
 
Pemilik blok nie namanya En. Abil Fikri Ahmad (Abang Abil). Blog ni dibuat khas untuk isterinya yang tercinta, Kak Fauziah Muhamad yang kini mengalami kerosakan pada saraf otak. Apa yang aku kagum dan bangga ialah pengorbanan seorang suami yang begitu setia pada isterinya dalam senang maupun susah. 

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” 
Riwayat al-Hakim


Marilah sama-sama kita ikuti rentetan Abg Abil dalam menjaga Kak Gee. Pada kawan-kawan yang yang memberi sumbangan pun boleh..Amat dialu-alukan... Klik DISINI untuk mengikuti kisah abg abil dan kak gee...

Nama : Abil Fikri Ahmad
Bank: CIMB Bank
Account No: 0506-0040577-52-1
H/P No : 016-2634258

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” 
(Muslim)

Masa baca blog Abg Abil ni, ada banyak nasihat dan amalan yang boleh kita ikuti dan contohi. Kadang-kadang ada ayat yang mennyentuh hati kewanitaan aku ni.... huhuhuhuhu..... Abg Abil, Nurul amik petikan ayat abg tau....

"Kita ni suami isteri jangan biasakan menipu each other walaupun perkara yg remeh.. ingat, sekiranya kita menipu,kita akan mencari seribu penipuan lg untuk menutup 1 penipuan..."

Aku ada teringat terjemahan dari Al-quran, Surah An-Nuur, ayat 30~31, yang bermaksud; 

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

 "bila isteri kita ni, tengah masak atau selesai masak, kemas rumah ke, basuh kain ke, cium pipinya dan ucapkan terima kasih.....menjaga perempuan ni senang je.., selalu sentuh hati dia, longlai lah dia. Lagi pun wanita ni amanah ALLAH pada para suami, so jagalah amanah DIA elok-elok."

Ada lagi terjemahan dari Al-quran, Surah An-Nuur, ayat 32, yang bermaksud;

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

"Betul firman Allah, Dia tak kan turunkan ujian kalau hambanya tak mampu namun ada yg lari dari ujianNya"

Abg Abil ada share macamana nak bagi suami dan isteri saling sayang menyayangi dan hormat antara satu sama lain:

"Di antara 99 nama Allah tu, ada namaNya AL WADUD / YA WADUD. Setiap kali kita nak hidangkan minuman untuk suami,, Al Fatihah sekali n niat seperti saya nyatakan dalam" Hep! babab kang" bermula kita pegang cawan sehingga minuman siap untuk di hidangkan zikir la ngan nama Allah tadi. Tak yah la nak zikir kuat memadai de ngan suara yg lembut n sebut nada pelahan. Kita rayu pada Allah, Insyallah Allah tunaikan hajat kita tu.

Untuk para suami pula,, sekiranya kita nak isteri kita selalu mengikut kata ( yg baik2 la) kita zikirkan nama Allah,, AL "ADL ( Maha Pengadil), nama yg ke 29 mengikut turutan dalam kitab Asma Ul Husna..Setiap malam jumaat, dalam sejam sebelum tido, tulis ngan jari sahaja nama Allah tu pada sekeping roti dan makan roti tu. Seperti biasa la, Al Fatihah sekali dan niat sebelum kita makan roti tu...Insyallah Allah tunaikan hajat kita tu...Jadi balance la nanti,, suami sentiasa kasihkan isteri yg sorang ni and isteri sentiasa patuh kata suami....bagi yg bujang, niatkan untuk keluarga sahajaaa....Ingat yea saya bukan mengajar,, kita ulang kaji sama2...."


Saya doakan kak gee semoga cepat sembuh. Abg Abil pula, jaga kesihatan....


Ya Allah sesungguhnya kami mohon kepadaMu keselamatan Agama, dan kesehatan jasmani, Dan tambahan ilmu , dan rezeki yang barokah , dan taubat sebelum mati , dan rahmat ketika mati, dan ampunan sesudah mati, Ya Allah mudahkanlah kami pada saat sakaratul maut, dan lepaskanlah kami dari api neraka, dan mendapat maaf ketika dihisab.

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Semua

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, insya'allah kita akan menyambut bulan Syawal tak lama lagi. Bila dah nak raya ni, terasa sekejap masa berlalu. Sedih betul nak tinggalkan bulan Ramadhan yang mulia. Insya'allah kita bertemu lagi wahai bulan Ramadhan.
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.” 

(at-Tabrani)

Raya tahun ni kawan-kawan beraya dimana? Bagi yang bujang, anda tiada pilihan untuk menyambut hari raya ye.... selain rumah kedua ibu dan bapa kecuali bagi mereka yang kena kerja.... Macamana pula bagi mereka yang dah berumah tangga??? Jangan berebut-rebut nak balik rumah ibu dan bapa masing-masing. Sejak dari awal perkahwinan, aku and hubby dah buat sistem giliran untuk pulang berhari raya. Jadi tiadalah perbalahan tika menjelang hari raya... Bagi aku dan hubby, beraya dimana-mana pun sama aje. Janji dapat meluangkan masa dengan insan tersayang.

Kat sini aku nak kongsi info PERSIAPAN SEBELUM PULANG BERHARI RAYA dari yahoo malaysia...
Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Di sini kami berkongsi panduan atau tips-tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri.

RANCANG PERJALANAN ANDA
Bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman yang memakan perjalanan jauh, pastikan anda merancang terlebih dahulu dari segi tarikh dan jam berapa anda perlu bertolak. Ini penting bagi mengelak anda daripada tergesa-gesa serta terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Seperti dipetik daripada laman sesawang Lebuhraya PLUS, orang ramai terutama sekali dari Lembah Klang dijangka bertolak pulang pada 17 dan 18 Ogos. Oleh itu bagi mereka yang menuju ke kawasan utara seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan juga selatan iaitu Johor dinasihatkan bertolak sebelum jam 12 tengahari. Manakala untuk destinasi lain pula seperti Kuala Kangsar, Changkat Jering, Taiping dan Melaka boleh memulakan perjalanan antara jam 12 tengahari dan 3 petang.
PASTIKAN KEADAAN KENDERAAN SELAMAT DIGUNAKAN
Tips ini merupakan perkara paling penting yang harus anda lakukan sebelum memulakan perjalanan jauh. Bawa kereta anda ke pusat servis yang bertauliah untuk pemeriksaan seperti enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, lampu isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpinan, brek tangan serta pengilap cermin agar semuanya berfungsi dengan baik.

MAKLUMKAN KEPADA JIRAN / POLIS
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda memaklumkan kepada jiran terdekat yang tidak pulang ke kampung halaman untuk tengokkan rumah anda. Malah anda boleh memaklumkan di balai polis berdekatan agar polis membuat rondaan di kawasan rumah anda. Pastikan anda turut hentikan penghantaran surat khabar sehingga anda pulang ke rumah.

PEMERIKSAAN RUMAH SEBELUM BERTOLAK
Sebelum bertolak pulang, anda perlu memeriksa sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu. Pastikan anda menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur. Cara ini merupakan langkah yang terpenting dan berkesan untuk mengelakkan rumah anda dipecah masuk. Barang-barang berharga perlulah disimpan di tempat yang selamat atau tersembunyi. Bagi menjaga keselamatan harta benda, jangan lupa untuk periksa peralatan seperti suis dan kepala gas supaya tidak berlaku litar pintas atau kebocoran gas bagi mengelak berlakunya kebakaran.

MEMULAKAN PERJALANAN
Untuk memandu bagi perjalanan jauh, pastikan anda rehat dan tidur dengan secukupnya, kerana jika anda keletihan ia boleh mengganggu konsentrasi anda ketika memandu. Yang kedua, elakkan mengambil ubat yang boleh memberi kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selsema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda. Yang ketiga pula, elakkan daripada berperasaan marah sebelum memulakan perjalan. Ini kerana apabila anda marah ia akan membuat anda stress, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan jalan raya dan ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain. Yang terakhir sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.

REHAT JIKA MENGANTUK
Jika anda berasa mengantuk atau letih, berhentilah di kawasan rehat yang disediakan untuk berehat sebentar bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. Jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam kereta ketika berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.

MEMANDU KETIKA HUJAN LEBAT
Jika anda memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan anda dan pasang lampu hadapan. Elakkan daripada memandu laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kemalangan. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan daripada mengekori kereta hadapan terlalu rapat. Ini kerana ia dapat mengelakkan daripada kemalangan berlaku. Amalkan pemanduan berhemah, pasti anda akan selamat sampai ke destinasi!

Monday, August 13, 2012

Al Fatihah Untuk Sahabatku Azahar Bin Mohd Senin

Assalamualaikum Semua

Kepada semua rakan-rakan ku, sedekahkanlah Al-fatihah kepada sahabat saya yang merupakan jiran terdekat saya, telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat, 10 Ogos 2012. Al-Fatihah
سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Hadith :
Dari Abu Qatadah bin Rabi’ r.a beliau menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu jenazah berlalu di hadapan Nabi SAW, lalu baginda bersabda:”Senang dan menyenangkan” Para sahabat bertanya:” Apa maksud ucapan tuan itu Ya Rasulullah?” Jawab nabi SAW:”Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia. Dan apabila seorang jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang daripada kejahatannya.” 
(al-Bukhari)
 

Aku dan hubby masih dalam keadaan terkejut bila dapat berita kemalangan yang melibatkan arwah Azahar dan isterinya Miza pada hari Jumaat malam tu. Allah lebih menyayangi arwah Azahar. Arwah meninggal di bulan yang mulia dan hari yang tepat iaitu hari Jumaat selepas selesai menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah.....

Gambar ehsan dari Ayahanda Salman Sarijan

Hadith :
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.” 
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745
 
Isterinya patah tulang paha dan masih dirawat di Hospital Kuala Pilah. Semoga miza tabah mengharungi dugaan dari Allah.

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” 
(Muslim


Allahyarham Azahar B. Mohd Senin telah diijabkabulkan bersama isterinya Normiza Binti Awang pada 7 Oktober 2011. Aku yang buat kad perkahwinan untuk kedua-dua pasangan ini. Pasangan ini baru sahaja 10 bulan melayari bahtera rumahtangga. Allah itu maha mengetahui segalanya. Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menolak. Takziah buat Cik Nin sekeluarga dan Miza, semoga tabah menghadapi dugaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangannya amat dirasai oleh teman-teman yang mengenali beliau... 

"Wahai Allah, ampunilah Azahar B.Mohd Senin, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Amin Ya Rabbal A'lamin.." Al-fatihah....

Wednesday, August 1, 2012

Sungguh Romantik....

Assalamualaikum semua...

Hari ni  hubby bawa berbuka di Stesen Keretapi Gemas. Aduyai...romantik betul... Thank hubby. Bukan ada makan yang berat pun just air ngan kuih jer.... Yang bestnya, suasana kat stesen keretapi tu dengan angin sepoi-sepoi bahasa... Lagi pulak berbuka puasa berdua je.... Sembahyang magrib kami di Masjid Gemas.

Dah lama tak naik keretapi. Dulu masa abah masih koje askar, kami sekeluarga naik keretapi tuk balik kampung (Johor). Masa dok Kedah dan Kelantan dulu, kami akan naik keretapi yang siap ada katil double deck tu. Maklumlah jauh... Memang seronok.... Rasanya kalau naik keretapi ngan hubby lagi bestkan....

Serba sedikit info pasal Stesyen Keretapi Gemas, Negeri Sembilan.
Stesen Keretapi ini mula di bina pada tahun 1906. Ia mempunyai keunikan tersendiri di mana ia menghubungkan dan menjadi titik pertemuan antara pantai timur-selatan-utara.ia terletak ditengah-tengah laluan dan menjadi perhentian terpenting,serta menjadi tempat penukaran kepala untuk megubah hala laluan.




Jom kita naik keretapi beramai-ramai...