Bulan pose ni aku jarang betul up-date blog ni. Maklumlah, petang aku buat kuih untuk jualan bulan puasa. Bolehlah dimakan masa berbuka nanti...
Diam tak diam, bising tak bising (ayat hubby)... dah nak raya kan... tinggal 4 hari lagi. Insya'allah kita akan menyambut hari raya pada 8 Ogos 2013 atau 9 Ogos 2013. Semuanya bergantung pada anak bulan Syawal.
Kawan-kawan semua beraya kat mana tahaun ni? Kalau yang bujang, tok sah nak pening-pening kepala sebab confirm korang balik kampung masing-masing kan... Kalau pening pun sebab tak dapat CUTI raya... hehehehehehe... aku dah rasa dah semua tu... Masa koje dulu selalunya aku akan suruh kawan-kawan lain cuti. So, aku n hubby kojelah... After that, aku n hubby amik cuti lah... 1 WEEK... kuang...kuang...kuang... berbaloi... leh balik 2 kampung (umah mak and umah mak mentuo den).
Aku n hubby buat sistem giliran (amalan sejak 9 tahun dulu). Alhamdulillah, tak ada masalah untuk beraya kat mana pun. Yang penting NO masam muka di pagi raya gara-gara tak dapat beraya di kampung masing-masing. Encik suami pun kenalah bertolak ansur.. bukan tolak beransur-ansur yer.... lain maknanya tu. Puan isteri pun kenalah beralah. Insya'allah, ibu/bapa kita akan paham kerana mereka dah melaluinya terlebih dahulu dari kita. Walaubagaimanapun jangan kecikkan hati mereka...
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”.
No comments:
Post a Comment