Wednesday, August 28, 2013

6 Manfaat serai untuk kesihatan

Assalamualaikum semua...

Lepas check e-mail, tetiba jumpa plak artikel ni... Serai memang baik untuk kesihatan. Bau serai yang wangi mampu menenangkan jiwa kita.

Kawan-kawan kenal tak pokok serai? Sekarang ni kalau kata tak kenal, tak tahu la aku.... mintak tolong kat Mr.Google skit.....

Inilah pokok serai...



Jom baca sama-sama artikal kat bawah ni. Diambil dari my.entertainment.yahoo.com

6 Manfaat serai untuk kesihatan

26 Ogos – Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.

Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

Ajen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri 2013

Assalamualaikum,


Dozen Roses Love Note

Saya dan suami / ROSLEE RNUR ENTERPRISE / RN'Online Shop ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kami ingin meminta maaf pada semua sekiranya ada entry dalam blog ini menyinggung perasaan kawan-kawan semua.

Segala entry dalam blog ini adalah luahan rasa saya. Kadang-kadang perasaan nak kongsi bersama agak terhad. Kalau nak kongsi kat FB, heboh plak 1 dunia.

OK... SELAMAT HARI RAYA SEMUA...

Wednesday, August 7, 2013

Jerawat... Oh Jerawat...

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak cerita pasal jerawat. Mesti ramai yang risau kalau jerawat tiba-tiba muncul kat mukakan... Oh Tidak!!!!!!. Bila jerawat dah keluar, macam-macamlah product yang kita nak cuba supaya jerawat cepat-cepat hilang... Aku pun kadang-kadang risau tengok jerawat kat muka.... Tangan pun mulalah gatal nak memicit jer...Hehehehehehe....

Kat bawah ni aku ada terbaca artikel tentang jerawat.

Sumber dari Yahoo Entertainment

6 Ogos – Tidak semua orang dikurniakan dengan kulit yang sempurna dan mulus. Ramai wanita merasa tidak bertuah kerana mempunyai cela di wajah seperti bintik hitam dan masalah muka paling teruk adalah jerawat. Jerawat terjadi akibat keradangan kulit yang kronik sehingga menyebabkan liang pori dipenuhi sebum.

Kebanyakan orang yang menghadapi masalah jerawat malu untuk keluar rumah dan berhadapan dengan orang ramai kerana jerawat sememangnya membuatkan kita hilang keyakinan diri. Jerawat bukan sahaja terhasil akibat hormon, umur mahupun makanan berminyak atau coklat.

Bagaimana jerawat terbentuk?
Jerawat selalunya terjadi disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam pori yang tersumbat. Pori menjadi tersumbat kerana kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan dari biasa.

Bagaimana ia boleh berlaku?
Masalah jerawat biasanya dihadapi pada peringkat remaja kerana paras hormon di dalam badan meningkatkan penghasilan sebum. Apabila sebum terlalu banyak dan bergabung dengan sel kulit mati, ia akan menghalang dan menutup liang roma.

Jika sebum itu terperangkap separuh, bintik hitam akan muncul. Jika sebum tersebut terperangkap sepenuhnya, bintik putih pula akan terjadi. Bintik hitam tersebut menjadi hitam disebabkan pengoksidaan apabila terdedah kepada udara yang kotor. Bakteria membiak dalam pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat timbul. Jika jerawat tidak dirawat dengan betul, ia boleh meninggalkan parut.

Bagaimana ingin mencegah daripada kulit berjerawat?
1) Cuci muka anda setiapa hari dengan pencuci muka antibakteria. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan pencuci muka yang ringan

2) Sapukan produk rawatan jerawat anda di seluruh muka dan bukannya di tempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.

3) Gunakan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori anda dari kekotoran.

4) Gunakan alat solek atau produk penjagaan muka non-comedogenic agar tidak berlaku iritasi pada kulit.

5) Rujuk kepada pakar dermatologi cara untuk membuang bintik hitam tanpa meninggalkan parut.

6) Elakkan daripada menyentuh muka dengan tangan kerana tangan merupakan anggota badan yang mempunyai banyak bakteria. Jika ingin menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu.

7) Sentiasa basuh sarung bantal anda dan gunakan tuala muka yang menggunakan fabrik yang mampu menghapuskan bakteria dan kuman.

8) Jangan picit jerawat anda kerana ia boleh meninggalkan parut.

Saturday, August 3, 2013

Nak Beraya Kat Mana Dulu???

Asslamualaikum semua....

Bulan pose ni aku jarang betul up-date blog ni. Maklumlah, petang aku buat kuih untuk jualan bulan puasa. Bolehlah dimakan masa berbuka nanti...

Diam tak diam, bising tak bising (ayat hubby)... dah nak raya kan... tinggal 4 hari lagi. Insya'allah kita akan menyambut hari raya pada 8 Ogos 2013 atau 9 Ogos 2013. Semuanya bergantung pada anak bulan Syawal.


Kawan-kawan semua beraya kat mana tahaun ni? Kalau yang bujang, tok sah nak pening-pening kepala sebab confirm korang balik kampung masing-masing kan... Kalau pening pun sebab tak dapat CUTI raya... hehehehehehe... aku dah rasa dah semua tu... Masa koje dulu selalunya aku akan suruh kawan-kawan lain cuti. So, aku n hubby kojelah... After that, aku n hubby amik cuti lah... 1 WEEK... kuang...kuang...kuang... berbaloi... leh balik 2 kampung (umah mak and umah mak mentuo den).


Kawan-kawan yang dah kawin plak macamana? Eh..eh..eh.. jangan la gaduh-gaduh... Ha.. muncung isteri pun dah boleh sangkut hanger tu... Rajuk suami plak, diam sehari suntuk... boikot ker??? Sepakat membawa berkat. Ingat tu... Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas kebahagian dalam kehidupan suami isteri. Jangan jadi macam kat bawah ni dah lah.. Hehehehehehehe...



Aku n hubby buat sistem giliran (amalan sejak 9 tahun dulu). Alhamdulillah, tak ada masalah untuk beraya kat mana pun. Yang penting NO masam muka di pagi raya gara-gara tak dapat beraya di kampung masing-masing. Encik suami pun kenalah bertolak ansur.. bukan tolak beransur-ansur yer.... lain maknanya tu. Puan isteri pun kenalah beralah. Insya'allah, ibu/bapa kita akan paham kerana mereka dah melaluinya terlebih dahulu dari kita. Walaubagaimanapun jangan kecikkan hati mereka...

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”.