Semalam petang bapa mertuaku diserang sakit perut yang amat. Hubby bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Tapi pihak klinik minta hubby and mak mertua ku rujuk abah ke Hospital Serting untuk rawatan lanjut. Alhamdulillah, selepas selesai semua rawatan dan x-ray, doktor bagitau yang abah kena gastrik. Aku cuma risau kalau abah kena appendix je macam hubby dulu.
I hope my father in-law get well soon. Jangan makan lewat-lewatkan makan yer abah....
Kat bawah ni aku nak share serba sedikit tentang penyakit GASTRIK atau dengan kata lain Peptic ulcer. Sumber dari 1 Klik dan Kesihatanonle.com.
Gastrik atau istilah perubatannya,
gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada
dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter
pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan
ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang
berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah
rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter
dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan
minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat
sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan,
lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses
dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan
perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan
sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada
beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa
yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi
membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid
hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun,
kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras
keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Simptom simptom
Sakit
adalah simptom yang paling kerap. Sakitnya bagai terbakar. Sakit ini
adalah disebabkan oleh ulcer tersebut dan dilipatgandakan lagi kesakitan
tersebut dengan asid dari perut yang menyentuh permukaan ulcer. Sakit
tersebut boleh:
- Boleh dirasai di mana sahaja dari kawasan pusat hingga ke tulang dada (berbeza daripada sakit pedih ulu hati yang melibatkan kawasan betul betul di bawah tulang dada - xyphoid process)
- menjadi lebih teruk sewaktu perut kosong (berlapar)
- menigkat kesakitan pada waktu malam
- Biasanya dapat dikurangkan untuk jangka waktu pendek dengan makan makanan tertentu atau dengan mengambil ubat anti-asid
- Sakit datang dan pergi dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu.
Gaya hidup dan rawatan di rumah
Anda boleh melegakan kesakitan anda sekiranya anda:
- Memilih diet yang sihat dan seimbang. Banyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran dan karbohidrat yang mempunyai kandungan serat yang banyak. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin untuk memastikan proses sembuh menjadi cepat.
- Sekiranya anda menggunakan ubat tahan sakit dengan kerap, minta doktor anda untuk menukarkan ubat tersebut kepada Panadol.
- Kawal stres anda dengan bersukan atau aktiviti menyeronokkan seperti menulis jurnal dan membaca Al Quran.
- Jangan merokok (berhentilah dari merokok). Merokok meningkatkan asid pada perut dan menggalakkan aktiviti H pylori.
- Jangan minum kopi dan teh dan coklat berlebihan
- Jangan minum alkohol kerana ia adalah haram dan ia menipiskan dinding perut.