Saturday, December 29, 2012

Selamat Hari Lahir Abah dan Mak....

Assalamualaikum semua...

27 Disember 2012 besday abah... pagi-pgi aku dah telefon abah wish Happy Besday... Sayu hati abah sebab anak pompuan dia yang sorang ni buat wish kat dia... Aku pun apa lagi, start lah sayu sama. Aku memang tak leh tengok abah aku nangis, sebab nanti aku nangis lebih teruk dari dia... 

Aku bersyukur kepada Allah s.w.t kera dikurniakan abah yang cukup memahami, bertanggungjawab, penyabar dan kelakar. Itulah kunci kebahagiaan keluarga aku... Kalau semua balik, gamat rumah abah dengan gelak tawa kami semua.... Ya Allah, betapa bersyukurnya dan bertuahnya aku dikelilingi orang-orang yang menyayangi ku....

"Ya Allah, yang maha pemurah, yang maha mendengar, yang maha Agung dan yang maha sempurna. Kau berilah kesihatan kepada abah ku, panjangkanlah usianya, peliharalah dia dari segala musibah. Sesungguhnya, aku amat menyayangi abah ku. Masih banyak lagi budinya yang aku tak berbalas, masih banyak lagi tanggungjawab yang aku belum laksanakan Ya Allah..... Kaulah yang maha mengetahui segalanya  Ya Allah. Amin Ya robbal A'lamin".

Angah SAYANG abah sangat-sangat. Kasih sayang angah tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Banyak betu pengorbanan abah pada kami adik-beradik.


Hari ni besday mak.... Selamat Hari Lahir Mak... adik sayang mak. Pagi-pagi aku dah call mak. Sayu hati dengar sore mak walaupun aku kerap telefon mak dan abah. Mak kata "jangan nangis-nangis, besday mak kena happy-happy". Aku lagilah bertambah sayu... Tahun ni kita tak dapat sambut besday mak n abah sama-sama. Adik sedih sangat. Adik rindu nak tengok abah suapkan kek kat mulut mak macam tahun-tahun lepas. Insya'allh nanti kita sambut sama-sama yer...

"Ya Allah ya tuhan ku, kau berilah kesihatan yang sempurna kepada mak ku, kau lindungilah dia dari segala musibah, kau panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan kau permudahkanlah segala urusannya. Sesungguhnya Ya Allah, terlalu besar pengorbanan mak ku dlam melahirkan dan membesarkan aku adik beradik. Terlalu banyak kasih sayang yang telah di curahkan kepada diriku ini Ya Allah. Susu ibu yang mengalir dalam tubuh ku ini masih lagi terasa hangatnya. Ya Allah, sesungguhnya aku amat menyangi mak ku Ya Allah. Sesungguhnya Kau lebih mengetahui segalanya. Amin ya robbal A'lamin".

Adik sayang mak sangat-sangat. Maklah segala-galanya bagi adik. Banyak perkara kita kongsi bersama. Banyak ilmu yang mak curahkan. Terima kasih mak...Kasih sayang adik tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Tuesday, December 18, 2012

Kenduri Lagi...

Assalamualaikum....

Lama betul aku tak up-date blog ni.... Sekarang ni tengah bz wat bizness sampingan... biasalah cari duit lebih sikit.... Aku ada target nak beli barang ni.... Insya'allah, kalau dah dapat apa yang aku hajati, aku roger-roger kat korang yer....

2 hari lepas aku and hubby gi kenduri kawin kat kampung batu pahat.... Sepupu hubby yang buat kenduri. dapatlah berkumpul saudara mara yang dekat dan yang jauh. Alhamdulillah.

Kat bawah ni antara gambo yang aku sempat ambil.... tapikan.... sorry gambo pengantin tak sempat nak ambil sebab terlalu ramai orang yang menyerbu.... Sorry....

kakak ngan adik Sofia (yg pegang adik Sofia tu umi dia).
Melayan anak kesayangan makan... dah beso dah sayang Umi and abi ni....
"Sama tak muka kami?" kata pak mentua den... cuba teka, mana satu pak mentua den...
Gaya terbaru untuk sesi bergambar... Kakak n Abinya... tang mulut tu ada iras-iras lah...
Tol time.... ni semua sepupu n anak buah habby.... ni baru 1/3... kat belakang ada ramai lagi...


Monday, December 3, 2012

Selamat Bertunang Ecah dan Naz

Assalamualaikum semua...

Hehehehehe.... lama nya tak buka blog ni... banyak bahan terperap je ni dalam kepala. Menjak-menjak dah buat bisnez online ni, macam tak cukup masa nak up-date blog kesayanganku ini... sorry yer...

Hari Sabtu lepas (1 Disember 2012) my hubby cusion bertunang.. Tahniah Ecah and Nazri. Cepat-cepat nikah tau. Tak yah tunang lama-lama lah yer... Mak Oteh pun nak mintak cepatkan... Naz pulak, cepat-cepat kumpul duit. Cukup jer duit, terus nikah yer... Bertunang ni banyak dugaannya tau, so mesti banyak-banyak bersabar dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Kat bawah ni antara gambar yang sempat aku ambil masa majlis pertunangan berlangsung...
Ecah bergambar dengan Mak Oteh(Mak ecah la tu) dan Mak Ngah(bakal Mak mertua ecah a.k.a mak ngah ecah juga)
Sesi menyarungkan cincin pertunangan oleh Mak Ngah...
Hadiah dari kedua-dua belah pihak
Malu-malu plak Ecah ngan Naz ni...
Mari kita bergambar...
 
My favorite picture
Gubahan coklat homemade dari adik ipar ku...
Eifa merangkap mak andam kepada Ecah...
Mak Lang vs Mak Lang (betul ke aku tulis ni???)
My beloved mother and sister in law bergambo ngan Cik Ecah kita...
Sama cantik la...


Friday, November 23, 2012

Hari Ayura

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni kita telah menyambut 9 Muharam 1434. Dah lama aku simpan niat nak bersedekah pada orang dalam bentuk makanan. Memandangkan esok kita akan menyambut Hari Asyura, aku dah plan nak buat bubur asyura menggunakan Bubur Herba Berkhasiat keluaran FAIZA (aku dapat dari pakcik aku yang koje kat FAIZA).

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):sumber dari Al-Azim.com

  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 
  •  
  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Alhamdulillah, siap pun Bubur Asyura. Aku masukkan dalam bekas plastik. 1 pek tu boleh dapat dalam 12 bekas. Sekarang proses penghantaran hendaklah dilakukan oleh En.Hubby. TQ Hubby... Aku pernah rasa sekali masa pakcik aku masak dulu. Memang Mantop..... Korang mesti cuba tau.


Kat dalam pek bubur ni ada bermacam-macam jenis kekacang yang berkhasiat ada selain dari beras FAIZA  Rempah dan kismis juga ada disediakan. Kalau tak tau macamana nak masak, kat belakang pek tu ada disediakan cara-cara memasaknya.



Tuesday, November 20, 2012

PETAI.....

Assalamualaikum semua...

Hari ni terbaca satu artikel dari google tentang kebaikan PETAI.... Jom kita kongsi bersama..


25 Okt- Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun menjadi bahan dalam masakan seperti sambal tumis udang atau sambil ikan bilis dan sebagainya, membuatkan penggemar-penggemar petai berasa lapar.

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut yang kurang menyenangkan, petai turut mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. .

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). .

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan

.

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah...

Assalamualaikum Semua...

Esok kita akan sambut Tahun Baru dalam Islam @ Awal Muharam. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana masih memberi peluang untuk kita menambahkan amalan kita di muka bumi ini untuk bekalan akhirat nanti.. Amin.


Bila nak masuk tahun baru ni, jangan lupa pulak untuk membaca DOA AKHIR TAHUN dan DOA AWAL TAHUN. 

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). 

Yang Bermaksud:  
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Assalamualaikum.....


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan... Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita semua menyambutnya dengan meriah sekali. Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha, jangan lupa pada yang memerlukan.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” 

Riwayat at- Tirmidzi

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” 

Riwayat at- Tirmidzi

Korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Hadith :
Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. 
(Ahmad dan Muslim)
 
Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hadith :
Dari Jabir r.a. katanya: “Kami menunaikan Haji bersama Rasulullah s.a.w. maka kami sembelih seekor unta buat tujuh orang, dan seekor lembu buat tujuh orang”.  
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
 
Hadith :
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.” 

(Muslim)