Thursday, November 5, 2015

SETAHUN BERLALU....

Assalamualaikum semua....

Agak lama aku menyepi untuk menulis di blog ini. Macam-macam rasa ada dalam fikiran... 12 November 2015, genap setahun arwah mak pergi meninggalkan aku dan keluarga. Banyak betul kenangan yang susah untuk aku lupakan....

Bila aku fikirkan semula mungkin ada benarnya, pemergian arwah mak membawa separuh dari semangat aku... Hampir setahun aku tak update blog ni dan blog kedai. Banyak perkara yang biasa aku buat tapi aku tak buat. Tak tahu kenapa...

Aku kena jadi isteri yang kuat untuk suamiku tercinta... Aku kena jadi anak yang tabah untuk abah aku. Aku kena jadi kakak matang untuk adik beradik ku... Walaupun pada hakikatnya aku tak sekuat yang mereka lihat pada zahirnya. Kenapa aku buat semua tu? Pemergian arwah mak meninggalkan impak yang besar pada aku sebenarnya.... Menjaga arwah mak masa sakit mengajar aku erti kasih sayang, erti kesabaran, erti pengorbanan, erti kesetiaan dan yang paling utama erti Kekuasaan Yang Maha Esa, Allah swt.

Melihat mak terlantar dihospital, membuatkan aku rasa sakit. Masa tu aku cuma fikir, kalau Allah boleh letakkan kesakitan mak pada aku, aku sanggup. Asalkan mak sihat macam selalu. Tapi aku kena redha dengan ketentuan ilahi. Allah sebaik-baik perancang. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk mak.

Dari kecil aku rapat dengan abah. Segala masalah banyak yang aku luahkan pada abah. Aku mula rapat dengan arwah mak bila aku masuk alam pekerjaan. Umur aku 21 tahun aku banyak kongsi rahsia dengan mak sampailah akhir hayatnya.

Selalu kalau ada masalah aku call mak. Kalau nak tanya pasal agama, mak adalah sumber rujukan aku yang terbaik, guru mengaji aku adik beradik. Guru dan kamus bahasa english kami adik beradik. Aku tak perlu beli buku resepi mahal-mahal sebab mak adalah chef terbaik untuk aku. Mak tak pernah beza-bezakan anak menantu dan cucu. Semua kasih sayang diberi sama rata.

Mak.... adik rindu nak peluk cium mak.... adik rindu nak dengar suara mak... adik rindu dengan gelak mak.... adik rindu gurauan mak... adik rindu masakan mak.... adik rindu sangat-sangat. Mak, adik tak kuat macam mak, Kadang-kadang apa yang abah minta, diluar kemampuan adik mak... Tapi, adik layan kan saja sebab adik cuma ada sorang abah. Adik akan cuba buat yang terbaik untuk abah selagi ada hayatnya. Terima kasih mak sebab membesarkan adik dengan didikan agama yang sempurna, penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Terima kasih kerana menghalalkan makan dan minum serta air susu mak yang mengalir dalam tubuh badan adik. Adik tahu, dari kecil adik selalu sakit, mak dan abah yang banyak jaga adik, berikan yang terbaik untuk adik. Masa kaki adik operate, mak dan abah jaga adik. Kalau adik termenung, mak selalu tanya " Mak tengok adik temenung je, ada masalah ke dik?"... Allahuakbar... rindunya aku Ya Allah. Sekarang dah tak ada lagi suara itu untuk bertanya.

Mak... ingat tak, dulu adik pernah cakap, kalau adik mengandung, adik nak mak yang jaga adik. Kita buat kenduri cukur jambul kat rumah yer... Mak cakap "Insya'allah"... Bila bercakap tentang zuriat, mak tak pernah memandang rendah pada aku dan suami kerana dia tahu semua itu kerja Allah. Allah yang menetukan rezeki setiap hambanya. Terima kasih mak kerana memahami anakmu ini.

Ya Allah, kau tempatkan lah ibuku disyurga mu Ya Allah, Ibuku adalah sebaik-baik ibu Ya Allah. Tanggungjawabnya digalas dan dilaksanakan dengan sempurna Ya Allah. Ya Allah, Ya Rohman, Ya Karim... Temukanlah aku dengan ibuku disana Ya Allah. Aamiin...