Tuesday, February 18, 2014

Anak-Anak Umi & Abi...

Assalamualaikum....

Semalam terasa rindu dengan anak-anak. Kebetulan pula mak n abah aku ada kat seremban, rumah abang aku yang sulung. So, ambil kesempatan untuk ziarah mereka... Thanks Hubby...

Kakak n Adik memang manja dengan abi... Dengan umi... lagi manja kan....

Get ready go to school with ayah....

Wednesday, February 5, 2014

T.R.I.F.L.E

Assalamualaikum....

Apa khabar semua?? Sekarang tengah musim panas. Banyakkan minum air mineral yer kawan-kawan. Kalau minum air yang ada color tu pun boleh juga tapi nanti tekak perit plak.

Kat sini dah lama betul tak hujan.. Walaupun panas, tapi angin tetap ada. Alhamdulillah.

Hari ni nak kongsi buat TRIFLE yang simple. Dapat juga sejukkan tekak...



Bahan-Bahan:

STEP 1
1/2 magkuk agar-agar kering yang telah dipotong kecil-kecil
1 1/2 mangkuk air (guna mangkuk yang sama untuk sukat agar-agar tadi)
Gula Secukupnya
1 helai daun Pandan/ 1/2 sudu kecil esen pandan
Pewarna Merah @ Sirap Ros

Cara-Cara:
1. Rendam agar-agar hingga kembang dan toskan airnya.
2. Didalam periuk masukkan agar-agar tadi bersama 1 1/2 mangkuk air. Masak diatas dapur dengan api yang sederhana . Kacau sebentar.
3. Masukkan gula secukupnya, pewarna merah@sirap ros dan simpulan daun pandan.
4. Sekali-sekala kacau hingga agar-agar mendidih dan larut kesemuanya.
5. Matikan api dan tuang agar-agar didalam loyang atau acuan yang kecil. Jangan tuang penuh-penuh, hanya 1/2 dari loyang atau acuan. Biarkan sejuk.
STEP 2 
Bahan-bahan
1 cawan tepung bird custard
5 cawan susu cair (2 cawan susu cair + 3 cawan air (air buah-buah dalam tin + air biasa untuk dijadikan 3 cawan air))
1 cawan gula
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. Kacau sehingga semua sebati.
2. Masak diatas api yang sederhana dan kacau perlahan-lahan.
3. Apabila adunan dah nampak pekat dan berkilat. Padamkan api.




STEP 3
1. Dengan menggunakan grafu, lorek-lorekkan permukaan agar-agar yang dah keras tadi.
2. Tuangkan puding keatasnya.
3. Taburkan buah-buahan dalam tin diatas puding tadi.
4. Sejukkan dalam peti ais sebelum di hidangkan...



SELAMAT MENCUBA....

Saturday, February 1, 2014

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan yang berbangsa Cina. Well, kesempatan ini aku pun balik Batu Pahat tuk beraya... Kitakan 1 Malaysia ma....

Aku pakat adik beradik balik kampung... Baru happening. Aku dah janji ngan mak, k.long and my cute sister in law tuk ajar buat Kek Gula Hangus. Thank to my friend Mina kerana bagi resepi ni... Jom kita layan...




Bahan-Bahan:
(Untuk Gula Hangus)
3 cawan gula
3 cawan air

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan majerin/planta/butter
8 biji telur ayam
1 tin susu pekat manis
1 sudu besar (penuh membukit) soda bikarbonat
1 sudu bsar esen vanila

Cara nak buat:
1. Masukkan 3 cawan gula kedalam kuali atau periuk bersama 2 cawan air. Masak dengan menggunakan api yang sedang. Kacau perlahan-lahan  Apabila gula sudah brtukar menjadi keperang-perangan, masukkan baki 1 cawan air kedalam gula hangus tadi sikit demi sedikit dan kacau. HATI-HATI kerana gula tersebut akan memercik bila kita masukkan air. Kacau rata dan matikan api. Sejukkan.

2. Panaskan oven 150 darjah celcius.

3. Dalam mangkuk, masukkan susu dan majerin. Pukul hingga putih dan berkrim.

4. Masukkan gula dan kacau hingga rata.

5. Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga putih dan kuning telur bersatu. (jangan pukul hingga berbuih yer). Masukkan telur tadi kedalam mangkuk yang ada susu, majerin dan gula. Kacau rata.

6. Masukkan esen vanila dan gula hangus. Kacau hingga rata. Kemudian, masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga rata.

7. Akhir sekali masukkan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan pastikan tiada yang berketul yer.

8. Masukkan kedalam loyang yang telah di sapukan dengan majerin dan ditaburkan sedikit tepung gandum. Tujuannya ialah supaya kek tidak akan melekat pada loyang.

9. Bakar selama 1 jam. Sejukkan sebelum di keluarkan dari loyang.


SELAMAT MENCUBA...