Wednesday, February 29, 2012

Life Book 2012

Assalamualikum dan selamat pagi semua....

Baru ada kesempatan nak upload satu artikel from my beloved sister Rafidah Mohamad Kassim. Thank you sis...

Aku nak kongsikan dengan semua... Baca sampai habis tau... Semuanya mempunyai maksud yang tersendiri.





Tuesday, February 28, 2012

Mee Kari



Hari ni rasa macam nak masak Mee Kari lah... Dalam peti ais ada daging lembu yang dah siap rebus, ada udang dan sotong. Hm... selongkar punya selongkar, jumpa pun spageti dalam peti ais... Aku and hubby lebih suka guna spageti dari mee kuning sebab tak rasa muak bila makan. Mee kuning ni kadang-kadang ada yang rasa masin... So, bila dah letak kuah karinya, bertambahlah masinnya. SO, my suggestion, better guna spegeti. SEDAP.....

Ok, jom kita semak resepinya...

Cara nak rebus spegeti:
Rebus spageti hingga kembang. Kemudian, toskan airnya dan bilas dengan air paip hingga sejuk. Toskan semula. Masukkan spegeti tadi kedalam mangkuk dan letakkan sedikit minyak masak. Gaul rata supaya, spageti tadi tidak melekat antara satu sama yang lain.



Untuk di blender:
20 tangkai lada kering (dibuang biji dan di rendam dengan air panas)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Bahan-bahan untuk menumis:
2 biji bwg merah ( dihiris )
1 biji bawang putih ( dihiris )
3 hiris halis ( di cincang halus )
1 1/2 paket kari daging babas
1 batang kayu manis
4 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
minyak utk menumis

Bahan-bahan lain:
2 mangkuk kecil daging lembu yang dah siap rebus (potong ikut suka)
4 ekor sotong (dibersihkan dan dibasuh. Potong ikut suka)
6 ekor udang (dibersihkan dan dibasuh)
2 keping tahu ikan@fish cake (dipotong ikut suka)

1 cawan santan pekat
2@3 cawan santan cair
2 keping asam keping
5@6 keping biskut marrie
garam & serbuk perasa

Bahan-bahan hiasan:
Sawi (di basuh bersih, potong ikut suka dan dicelur)
Kobis (di basuh bersih, potong ikut suka dan dicelur)
Tomato (dibasuh dan di hiris)
Daun sup dan daun bawang
Taugeh (dibersihkan dan dibasuh)
Telur ayam (direbus hingga masak)
Tahu putih (di goreng dan di hiris)
Lada Merah (dihiris)
Bawang goreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, masukkan semua bahan-bahan untuk menumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di blender tadi. Kacau rata hingga terbit minyak sedikit.

2. Masukkan rempah kari daging dan kacau hingga rata. Masukkan santan cair+santan pekat, asam keping, daging, udang, sotong, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sebentar dan tutup periuk hingga kuah kari kita mendidih..

3. Tumbukkan biskut marrie hingga menjadi serbuk. Bancuh dengan sedikit air hingga nampak pekat. Kemuadian, masukkan dalam kuah kari tadi dan kacau sehingga pes biskut marrie tadi larut. Kuah kari akan menjadi pekat bila pes biskut marrie tadi larut dan sebati dengan kuah kari.

4. Bila dah mendidih, matikan api.

5. Cara nak hidangkan: Masukkan spegeti dalam mangkuk, kemudian letak sayur-sayuran yang telah dicelur tadi, letakkan hirisan tahu, tomato dan telur. Sekarang bolehlah sendukkan kuah kari tadi bersama isinya. Akhir sekali hiaskan dengan hirisan lada merah, taugeh, daun bawang dan sup serta bawang goreng. Kalau nak letak limau kasturi pun boleh...

Siap....

Monday, February 27, 2012

Kad Jemputan



Alhamdulillah, hari ni siap satu kad perkahwinan untuk customer. Sekarang ni musim kenduri kahwin kan. Maklumlah dah nak masuk musim cuti sekolah. Kenduri sana sini.

Aku paling suka bila ada customer yang nak tempah kad serahkan 100% warna dan design kepada aku.. So, dengan kepercayaan yang diberikan, aku akan buat yang terbaik untuk semua customer aku. Oleh kerana aku memang minat sangat buat kad kahwin nie, aku akan sentiasa fikirkan design yang terbaru untuk customer.


Photostat ni dah banyak berjasa kepada aku untuk mencetak kad kahwin..


Proses memotong kad kahwin


Dah siap...

Harga yang aku letak pada setiap kad kahwin adalah berpandu pada harga kertas. Kadang-kadang customer nak pattern kad yang simpal tapi kualiti kertas mesti debom... so harga kad depend on harga kertas lah.... Apa pun i'm enjoy doing my job.... Terima kasih atas sokongan semua pihak....

Sila kunjungi bolg kad perkahwinan kami.

Adnan Sempit 2


“Jika dahulu Adnan berusaha untuk memikat Nadia, dalam filem ADNAN SEMPIT 2 ini Adnan perlu ‘memikat’ hati kedua ibu bapa Nadia dengan menerima cabaran yang diberikan oleh ibu bapa Nadia. Dalam filem ini Adnan perlu bermain golf, belajar bahasa Inggeris dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang diberikan oleh ibu bapa Nadia,”

Malam semalam gi tengok wanyang ngan besday boy... Cerita ADNAN SEMPIT 2. Memang mantop beb... Lawak abis...Start dudu kat kerusi panggung sampai abis cerita asyik ketawa jer. Paling best penontonnya... Semua bawa family masing-masing nak tengok cerita ni.. Korang mesti tengok tau....

Sunday, February 26, 2012

Happy Birthday En.Mohd Roslee Pairan



Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Hari ni Ahad, 26 Feb 2012 merupakan besday my hubby yang ke-34 tahun. Luv u hubby. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati Allah swt selalu. Amin....

Malam tadi dah nyanyikan besday song with Alvin and the chipmunks dan baca doa selamat tuk hubby. Semalam hubby mintak buatkan nasi goreng merah tuk sarapan pagi. So, pagi ni aku buatkan lah... Letak telur and daging sikit... yum...yum...



Apa nak masak tengah hari ni yek??? nak buat kek, confirm hubby tak makan punya. Dia tak suka kek-kek ni... So, aku plan nak masak makanan favorite dia jer lah... Nasi Kismis, Sayur paprik, sup ayam and...... his favorite Ayam Panggang.


Santapan dah siap.... Jemput makan...


Hubby senyum sampai hidung yang kembang makin kembang bila tengok Ayam Panggang...

Trafic Light Puding

Assalamualaikum semua...

Lepas makan tengah hari tadi, dengan pantas terus buatkan puding untuk hubby.


Memandangkan dia tak suka makan kek, baik aku buat puding yang dia suka. Kira puding tuk besday dialah... Jom kita tengok resepinya...


Bahan-bahan:

1 cawan tepung bird custard
4 1/2 cawan santan (1 cawan santan kotak + 3 1/2 cawan air)
1 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
Pewarna merah
Pewarna hijau


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk kecuali pewarna. Kacau sehingga semua sebati.

2. Masak diatas api yang sederhana dan kacau perlahan-lahan.

3. Apabila adunan dah nampak pekat dan berkilat. Padamkan api.

4. Masukkan adunan kedalam 3 mangkuk yang berasingan. 1 mangkuk letak warna merah, 1 mangkuk lagi warna hijau dan 1 mangkuk lagi biarkan warna asal (kuning).

5. Sediakan acuan, dan letakkan puding tadi secara berselang-seli hingga habis. Perlu di ingatkan, puding tu mestilah diletak dengan kadar segera sebab puding tu akan mengeras bila dah sejuk.

6. Bila dah siap, masukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan...

Ayam Panggang



Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dibasuh bersih)
*1 sudu besar ketumbar
*1 sudu besar jintan putih
*1 sudu besar lada hitam
*1 batang serai ( dihiris kasar)
*1/2 cm halia
*1 biji bawang kecil
*1 ulas bawang putih

Garam secukup rasa
1/2 mangkuk kecil air
2@3 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak


Cara-Cara:

1. Dengan menggunakan pengisar yang kering, kisar semua bahan yang bertanda *.

2. Kemudian masukkan minyak kedalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Bila dah terbit minyak, masukkan air, madu dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi. Ayam tu kalau rasa besar sangat, boleh lah di belah ikut suka. Tutup kuali dan masakkan ayam tersebut dalam 5 minit. Jangan lupa untuk di kacau@terbalikkan ayam tadi dalam kuali, supaya rempah akan menjadi rata pada ayam.

3. Tutup api, dan letak ayam tadi keatas loyang sebelum membakarnya. Bakar selama 1/2 jam atau hingga masak sebelum dihidangkan..

Selamat mencuba...

Sayur Paprik



Bahan-Bahan:

**3 biji putik jagung (di potong memanjang)
**1/2 batang lobak merah (di potong memanjang atau ikut kreativiti)
**10 tangkai kacang boncis (di hiris menyerong)
**4 kuntum bunga kobis (di potong ikut suka)
**8 biji cili api merah@hijau ( dihiris kasar)
**1 biji bawang besar (di hiris kasar)

2 helai daun limau purut (di hiris kasar)
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 mangkuk kecil air

* 3 biji bawang kecil
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 cm halia

7 ekor udang sederhana besar (dibersihkan dan dibasuh bersih)
1 mangkuk kecil daging yang sudah direbus


Cara-cara:

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda * hingga lumat.

2. Tumis bahan yang dah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan air, udang dan daging. Kacau hingga rata dan tutup sebentar dalam 3 minit.

3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, daun limau purut dan garam secukup rasa.

4. Masukkan semua bahan yang bertanda ** dan kacau hingga rata. Tutup kuali dan kacau sekali-sekala hingga semua sayuran masak. Bila dah masak bolehlah di hidangkan...

Selamat mencuba...

Friday, February 24, 2012

Cupcake Coklat

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak buat kek coklat. Hari ni tergerak plak nak buat coklat cupcake. Hari tu ada beli bekas cupcake, tapi tak buat-buat. Memandangkan adik iparku dah abis pantang, bolehlah aku bawa balik ke rumah mak mentua ku... Resepi asal dari MyResepi, tapi aku dah modified cikit sebab nak memudahkan kerja. Rasanya tetap sama.... Tetap kek coklat, tetap meletop...

Sukatan menggunakan cawan yer... Aku guna cawan yang kecil sahaja sebab memang nak buat cikit jer.

Cawan dan bekas cupcake yang digunakan



Jom kita semak resepinya...



Bahan-bahan ( follow step yer ):

Step 1
3 sudu besar susu tepung (aku guna susu coffeemake je)
1 cawan air panas
1 cawan gula pasir (aku guna 1/2 cawan sebab tak suka manis sangat)
3 sudu besar susu pekat manis
1 cawan minyak masak

Step 2
1 cawan tepung gandum
1 cawan koko+milo
1 sudu kecil soda bikabornat
1/2 sudu kecil baking power

Step 3
2 biji telur


Cara-cara:

1. Step 1. Masukkan susu tepung, air panas dan gula kedalam mangkuk. Kacau dengan sudu sehingga gula larut. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masak. Kacau sebentar. Ketepikan.

2. Step 2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk yang berasingan dan kacau hingga semua bahan bersatu.

3. Step 3. Di dalam mangguk yang lain, pukul telur dengan garfu hingga kembang.

4. Sekarang, masukkan step 1 dan step 3 ke dalam bahan step 2. Kacau dengan garfu perlahan-lahan sehingga semua bahan menjadi sebati.

5. Masukkan adunan kedalam bekas cupcake. Masukkan 3/4 dari bekas cupcake. Kalau nak letak topping @ cake cream, masukkan 1/2 je adunan dari bekas cupcake. Kalau nak bakar dalam loyang pun boleh juga. Lenserkan dulu majerin pada loyang sebelum tuang adunan tadi.

Aku bakar guna oven butterfly yang bulat je....


6. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Cupcake coklat yang dah boleh di makan...

7. Kalau rajin, bolehlah dihias di atas cupcake tersebut... Selamat mencuba..

Monday, February 20, 2012

Ikan Mambong Masak Pindang

Assalamualaikum semua....

Macamana dengan cuaca kat tempat korang semua? Kat sini panasnya boleh tahan.. Lagipun semalam dah hujan kan... Allah bagi sama adil dan saksama.. Alhamdulillah.

Hm... hari nie nak kongsi resepi Ikan Mambong Masak Pindang. Kalau tekak tengah rasa tak sedap jer, cuba masak lauk yang macam-masam sikit... insya'allah. Tak banyak, sikit pun jadilah nasi tu masuk dalam perut, Kalau perut kosong pun tak elok juga... sebab nanti tak ada tenaga plak... Eh!!! Jomlah kita tengok resepinya...



Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):

2 ekor ikan mambong (dibersih )
1 biji lada merah@hijau (dibelah 2)
5 biji cili api (dibelah 2 tapi tak putus)
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (dipotong kasar-optional)
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar (dibelah 4)
*3 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1/2 cm halia
*1 cm kunyit
4 biji bendir (dibasuh dan dibuang tangkainya)


Cara-cara:

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda *.

2. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi bersama serai hingga naik bau. Masukkan sedikit air dahulu. Kemudian masukkan ikan dan asam keping. Masukkan air lagi hingga paras ikan sahaja.

3. Masukkan daun kunyit, bendir, bawang besar, lada merah, cili api dan garam secukup rasa.

4. Tutup periuk dan biarkan mendidih sebelum diangkat.

Saturday, February 18, 2012

Ayam Kampung Mai Lagi....

Assalamualaikum semua....

Lama tul tak kongsi resepikan... Hari ni ibu mertua ku bagi ayam kampung. Al hamdulillah.... rezeki tu. Kalau ayam kampung tu dah tua, confirm hubby suh masak kari ari nie. Everything for u dear...

So, ayam nak masak kari, sayur apa yang best nak lawan ngan kari ye??? kacang panjang goreng ngan sotong ok gak kan... Untuk resepi Ayam Masak Kari sama je resepinya dengan yang lepas-lepas.. Ari nie nak kongsi kacang panjang goreng dengan sotong.

Ingat tak sebelum nie aku ada share cara sotong yang ada bentuk kotak-kotak? Hari nie aku nak share plak cara potong sotong yang akan kembang macam bunga. Mungkin ada kawan-kawan yang dah tau. Tak pa, bagi yang belum tau boleh cuba ye...

Potong sotong kepada 3@4 bahagian. Kemudian, ambil 1 bahagian sotong dan potong atau gunting sotong tersebut dari bahagian hujung hingga tengah sotong. Lihat gambar dibawah.


Inilah hasil sotong yang telah di potong tadi... Kembang macam bunga kan...



Jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahan (untuk makan 3 orang):

*1 biji bawang besar (dihiris)
*2 ulas bawang putih (dihiris)
*2 biji lada merah (dihiris)
*3 hiris halia (dicincang)
3 ekor sotong (buang dakwatnya dan dibasuh bersih. Toskan dan potong ikut suka)
6 batang kacang panjang (dipatah-patahkan dalam 1 inci dan dibasuh)
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air


Cara-cara:

1. Masukkan minyak didalam kuali dan tumis semua bahan yang bertanda * hingga naik bau dengan menggunakan api yang sederhana.

2. Masukkan sedikit air, sotong, dan garam. Kacau sebentar dan tutup kuali.

3. Bila Sotong dah masak, masukkan kacang panjang, sos tiram dan sedikit air lagi. Kacau dan tutup kuali dalam 3@4 minit atau sehingga kacang masak.

4. Perasakan garamnya, sebelum diangkat dan dihidangkan.

Wednesday, February 15, 2012

Family Trip To Langkawi Day 3

Assalamualaikum... Hari ni nak cerita pasal hari terakhir di Langkawi. Hari ni kami akan balik. Flight pukul 13:35. So adalah masa lagi untuk kami ketempat lain.


Adik n Kakak dah siap-siap nak g jalan-jalan lagi...


Adik nampak comei sangat...

On the way ke airport, kami singgah ke Kilang Minyak Gamat. Mari borong minyak gamat untuk souvenir buat kawan-kawan dan saudara mara.


Tak mainlah beli minyak gamat botol kecik...Hubby beli yang BeSAR punya...


Gambar kenangan kat Nusantara Minyak Gamat


Adik n kakak dah penat jalan-jalan...


Bukan mak n abah jer yang nak shopping, cucu nya pun ikut shopping jugak...


Mak&Abah, Along n Family


Aku&Hubby... K.long pun nak try minum air tongkat ali....


Hubby kata "nak tengok-tengok jer....."

Kemudian kami ke Makam Mahsuri. Ramai orang masa tu sebab ada 1 bas rombongan dari Singapore dan Kelantan.



Inilah Makam dan Telaga Mahsuri


Ini penyambut tetamu kami... kuang3x..... Luv u sis...


Ameera n Aliya dah buat muka boring... Ayah n mama yang romantic abis...

Sampai airport kul 12.40. Aku terus check in bag dan buat document sport-check.


Cepat-cepat.... kita dah nak naik kapal terbang nie...


Inilah kesayangan Abi n Umi...

Alhamdulillah, kami sampai dalam pukul 14.50.


Tolak, jangan tak tolak...


Adik tunggu kereta sampai...

Banyak kenangan manis kalau bercuti bersama keluarga and adik beradik... Dapat plak kakak ipar n adik ipar yang satu kepala ngan aku walaupun aku lebih TUA dari diaorang... I love u Kak Long Rafidah n Yuslinda....

Paling aku n Abi seronok coz dapat bersama anak kesayangan kami Ameera Nur Rauhah n Aliya Nur Batrisya... Sepanjang percutian, ameera memang dengan aku n hubby jer... Dia akan cari mama n ayah dia masa nak tido n nak susu. Terasa plak macam bawa anak sendiri berjalan-jalan. Kalau korang tengok gambar gambar aku and hubby mesti ada Ameera sekali. Thanks kak long and along.

Lepas nie kita plan untuk bercuti next year plak k... insya'allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Amin...